,
Laman Utama

Separuh Nyawa Dipukul, Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar & Tarik Laporan Polis: “Dia Janji Tak Buat Lagi”

Maliah Surip
14/10/2022
04:58 MYT
Kisah pergolakan rumah tangga Rizky Billar dan Lesti Kejora nampaknya sudah bertemu titik penghujung.
Pasangan yang berpisah sementara selepas episod pedih Lesti dipukul Rizky pada hujung bulan lalu kini diselesaikan dengan jalan damai.
Lesti memilih memaafkan perbuatan kasar suaminya sekaligus menarik balik laporan polis terhadap serangan keganasan rumah tangga yang dilakukan kepadanya sehingga mengalami masalah pada bahagian leher dan menerima rawatan beberapa hari di hospital.
Menerusi pertemuan media, Lesti mengatakan memaafkan perbuatan Rizky selepas hos dan pelakon itu berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan memukulnya lagi.
Sementelah kata penyanyi dangdut itu, baik atau buruk, Rizky tetap ayah kepada anak lelaki mereka.
"Alasannya anak saya, kerana mahu bagaimanapun suami saya bapak dari anak saya," kata Lesti dalam sidang media yang berlangsung di Polres Metro Jakarta Selatan, seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Lesti juga berkata: “Beliau juga alhamdulillah sudah mengakui perbuatannya dan meminta maaf kepada saya dan keluarga, khususnya ayah saya.”
"Saya juga yakin. Beliau sangat berjanji tidak akan pernah mengulanginya lagi, sudah dibuat dalam perjanjian," kata Lesti.
Ibu satu anak yang baru pulang dari umrah itu juga mengatakan seluruh keluarganya terutama ibu dan bapa telah memaafkan Rizky.
"Beliau juga meminta maaf ke orang tua saya, dan orangtua saya memaafkan," lanjutnya.
Dengan kemaafan yang diberi Lesti, Rizky kini bebas dari melakukan jenayah keganasan rumah tangga. Jika tidak, dia berhadapan penjara lima tahun akibat perbuatannya memukul Lesti.
Sebelum ini dunia hiburan Indonesia dihebohkan dengan pendedahan Lesti apabila membuat laporan polis dirinya dipukul sehingga dicekik suaminya pada akhir bulan lalu.
Selepas pendedahan tersebut dibuat, tersebar pula video Rizky membaling bola snuker kepada isterinya, namun tidak kena kerana lelaki itu terjatuh.
Malah banyak pemerhati percaya Lesti yang baru setahun berkahwin dengan Rizky sudah sering dipukul sepanjang mereka berumahtangga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.