,
Hiburan

Senarai Nama Penyampai, Persembahan & Hos Di FFM29

Syafiqah Jalal
13/09/2017
13:53 MYT
Selebriti popular bakal memeriahkan Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September ini.
Seramai lebih 20 selebriti dan karyawan seni akan menyampaikan anugerah pada malam kemuncak tersebut.
Antaranya adalah Osman Ali, Vanidah Imran, Datuk Norman Halim, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof, Puan Seri Tiara Jacquelina, Fattah Amin, Fasha Sandha, Remy Ishak, Nora Danish, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Raja Ilya, Faizal Husien dan ramai lagi.
Malam anugerah juga akan dihiasi dengan persembahan artis popular antaranya KRU, Akim & The Majistret, UNIC, Aisyah Aziz, Mirwana, Salamiah Hassan dan Atilia.
FFM29 juga akan menyaksikan Zizan Razak sebagai hos utama dan digandingkan dengan tiga lagi artis wanita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan dan Thanuja menerusi beberapa segmen.
Dalam pada itu, Zizan yang teruja diberi kepercayaan mengemudi acara tersebut berjanji bakal melakukan terbaik pada malam kemuncak itu nanti.
"Apa yang boleh saya janjikan saya akan mengemudikannya sebagai acara yang sangat berprestij pada malam itu.
"Gementar itu memang ada kerana ia sebuah acara besar tetapi saya ambil tanggungjawab itu dan akan melakukan yang terbaik.
"Lagipun saya tidak keseorangan kerana tiga lagi rakan akan bersama saya untuk memeriahkan lagi majlis itu," katanya kepada Astro Gempak.
Sementara itu, sebanyak 53 filem dipertandingkan dalam acara tersebut.
Ia terdiri daripada 41 filem berbahasa Malaysia, enam (Mandarin), lima (Tamil) dan satu (Inggeris).
Antara filem yang bertanding adalah Bisik Pada Langit, Kimchi Untuk Awak, Hanyut, Abang Long Fadil 2, Aliff Dalam 7 Dimensi dan banyak lagi.
Selain itu, FFM29 turut mempertaruhkan 24 kategori yang terdiri daripada 18 kategori bertanding, manakala enam daripadanya anugerah yang tidak dipertandingkan dengan lima finalis sebaliknya dipilih khas oleh juri.
Bertemakan 'Transformasi Citra Karya', FFM29 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada pukul 9 malam.
Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) turut bekerjasama sebagai rakan promosi untuk memeriahkan promosi berkaitan FFM29.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Unitar