,
Laman Utama

Semudah 5 Langkah! Henry Golding Ajar Cara Periksa Payudara Sendiri Di Rumah... Uhai Senangnya

Amri Hassan
05/10/2021
13:50 MYT
Kanser payudara pembunuh utama golongan hawa. Kesedaran mengenai bahaya kanser tersebut harus diterapkan sejak dari awal.
Malah, pemeriksaan berkala juga perlu dilakukan secara sendirian di rumah bagi mengesan lebih awal.
Bukan hanya wanita, golongan lelaki juga berisiko untuk mendapat kanser payudara!
Sempena dengan bulan kesedaran kanser payudara setiap Oktober, mungkin bintang Hollywood kesayangan ramai, Henry Golding boleh membantu anda.
Menerusi video yang dimuatnaik sekitar 4 November 2009, pelakon berbakat besar Sharifah Amani turut tampil dalam video berkenaan bersama Henry bagi memberikan lebih penjelasan! Cute!
"Merepeklah kalau kata susah nak check, sebab saya sendiri pun boleh belajar dan boleh tunjukkan cara-caranya kepada anda semua," kata Henry dalam video berkenaan.
Jom, ikuti langkah-langkah ini!
1. Perhatikan diri anda di cermin, lakukan beberapa gaya antaranya meletakkan kedua-dua belah tangan anda di sisi dalam keadaan relaks.
Kemudian, cuba letakkan tangan di pinggul, naikkan tangan ke atas kepala dan bongkokkan badan sedikit.
Lihat seandainya ada perbezaan daripada saiz, bentuk, tekstur dan warna.
2. Berbaring dan lapikkan badan sebelah kiri anda lebih tinggi menggunakan tuala atau bantal.
Gunakan tangan kanan anda untuk memeriksa bahagian payudara kiri anda sementara letakkan tangan kiri anda belakang kepala.
3. Gunakan hujung tiga jari tengah anda dan perlahan-lahan usap bahagian payudara anda dari bahagian atas untuk merasai sebarang perbezaan pada bawah kulit.
Lakukannya secara pergerakan membulat di sekeliling payudara anda mengikut arah pusingan jam.
Payudara anda sepatutnya rasa licin dan tiada sebarang ketulan atau kesakitan.
4. Letakkan tangan kiri ke sisi, tekan pada bahagian bawah ketiak dan rasai jika ada sebarang keganjilan.
5. Ulangi langkah sama pada bahagian payudara sebelah kanan.
Mudah saja kan! Sebenarnya rutin ini mampu menyelamatkan nyawa anda. Biasakan melakukannya sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Jika anda merasai sebarang perubatan pada bahagian payudara anda segeralah bertemu doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Jangan tangguh-tangguh!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar