,
Hiburan

"Semuanya Serba Baru Bagi Saya..." - Daiyan Trisha

Kamaruddin Razal
17/07/2018
21:22 MYT
Penyanyi jelita, Daiyan Trisha, 25, menyifatkan penglibatannya dalam drama bersiri Sejuta Rahsia Buat Adelia sebagai pengalaman baru yang sangat bermakna.
Pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin ini gembira kerana dapat bekerjasama dengan tenaga produksi yang menjayakan drama bersiri ini.
"Ya, saya memang pernah membintangi beberapa karya yang bersiaran di Astro Ceria dan memegang watak heroin, tetapi itu satu ketika dahulu.
"Saya juga ada memegang watak pembantu untuk beberapa karya seperti Coffee Prince yang bersiaran sebelum ini.
"Namun, pengalaman itu sangat berbeza berbanding Sejuta Rasa Buat Adelia. Drama bersiri ini menampilkan saya sebagai heroin. Segalanya serba baru bagi saya.
"Selain itu, ia disiarkan di slot Megadrama yang memang dikenali ramai dan menjadi tumpuan orang di luar sana.
"Saya juga rasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan tenaga produksi yang sangat profesional," kata Daiyan.
BACA: Sering Muncul Sebagai Hero Drama, Aliff Aziz Tak Lupa Bidang Nyanyian
Bergandingan dengan penyanyi Aliff Aziz, Daiyan yang membawa watak sebagai Adelia menimba banyak ilmu di set penggambaran.
"Semuanya saya rasakan sebagai pengalaman baru. Saya banyak menimba ilmu di set penggambaran dan tidak berhenti mempelajari sesuatu yang baru.
"Saya juga senang bekerjasama dengan Aliff kerana dia senang untuk dibawa berbincang. Pengarah Eyra Rahman juga banyak memberikan dorongan untuk saya memberikan terbaik dalam setiap babak yang saya jalankan," katanya lagi.
Selain Daiyan dan Aliff, drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia turut menampilkan lakonan Elvina Mohamad, Adam Lee, Vicha, Zalif Sidek dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Sejuta Rasa Buat Adelia di slot Megadrama setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Daiyan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.