,
Hollywood

Sempoi Habis! Kereta Rosak, Harry Styles Lepak Rumah & Tolong Beri Makan Ikan Peminatnya

Maliah Surip
01/11/2020
02:45 MYT
Harry Styles membuat peminatnya terkejut kerana tingkah lakunya sangat sempoi. Idola kegemaran ramai remaja itu didapati telah melepak di rumah seorang peminat pada minggu lalu.
Sayang dan ruginya, peminat tersebut tidak ada di rumah sewaktu bintang pujaannya itu datang ke kediamannya.
Menerusi laporan media antarabangsa, Sytles secara tak sengaja telah dijemput singgah oleh bapa peminatnya selepas kenderaan yang dinaiki penyanyi itu rosak berdekatan kediaman mereka.
Bintang berusia 26 tahun itu menerima jemputan tersebut dan menghabiskan masa yang agak lama di kediaman peminatnya yang tiada di rumah semasa kejadian.
Tidak hanya melepak dan minum teh, Styles telah memberi makan ikan peliharaan di dalam bilik dan meninggalkan sepucuk nota buat peminatnya yang dikenali sebagai Theadora.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh mantan anggota One Direction itu di akaun Twitter miliknya yang memperlihatkan dirinya tersenyum sambil memberi makan ikan emas Theadora di dalam biliknya.
"Hi, saya telah memberi ikan kamu makan. Dan saya ada meninggalkan nota buat anda. Tolong beritahu ayah anda semoga kita boleh kekal berhubung," tulisnya.
Sementara itu, Theadora yang baru berusia 13 tahun ikut mendedahkan nota yang ditinggalkan Styles buatnya di Instagram.
"Hi Theadora, kereta saya rosak di hadapan rumah anda. Ayah anda dengan baik hati telah mengajak saya ke rumah dan saya minum secawan teh.
"Sayangnya, kita tidak dapat berjumpa dan saya berharap dapat bertemu anda segera. Selalunya melayan orang lain dengan baik.
"Salam sayang dari saya dan minta maaf kerana kita tidak dapat bersua. Sehingga bertemu nanti, Harry," tulisnya di surat tersebut.
Instagram: @harrystyles
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert

gempak
20/04/2024
05:08 MYT
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Laman Utama

Selepas 8 Tahun, Zayn Malik Dedah Faktor Perpecahan One Direction

gempak
14/07/2023
13:54 MYT
Kenapa berpecah sebenarnya?
Laman Utama

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh

gempak
06/02/2023
09:44 MYT
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
Laman Utama

Grammy Awards 2023: Taylor Swift Menang Muzik Video Terbaik, Tewaskan Adele, Harry Styles & BTS

gempak
06/02/2023
02:20 MYT
Tahniah Taylor Swift
Laman Utama

Hasil Jual Air Jagung, Amir Raja Lawak Syukur Dapat Beli Kereta, Netizen Ucap Tahniah- "Nombor Plat Tu Mahal"

gempak
03/02/2023
07:51 MYT
Amir Raja Lawak Syukur Dapat Beli Kereta