,
Berita

Sempat Berwukuf, Jemaah Kelapan Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Awani
17/06/2024
01:25 MYT
Sehari selepas berwukuf pada 9 Zulhijjah, seorang lagi jemaah haji negara menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci, menjadikan keseluruhan lapan jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.
Jemaah kelapan yang meninggal dunia itu ialah Sapiah Jalil, 66, dari Sungai Buloh, Selangor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan, punca kematian Sapiah disebabkan serangan jantung.
"Allahyarham sebelum itu ke sebuah pasar raya dan terkena serangan jantung di situ. Beliau meninggal dunia pada 4.30 petang, 16 Jun (Ahad).
"Allahyarham ke sini menunaikan haji bersama seorang kawan dan beliau ialah jemaah daripada Pengelola Jemaah Haji (PJH), yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH), " kata beliau.

BERITA TRENDING: Lebih Semangat Sambut Hari Raya Aidil Adha, Jom Lakukan 11 Amalan Sunat Ini

BERITA TRENDING: Lebih 1.8 Juta Umat Islam Seluruh Dunia Tunai Ibadat Haji Tahun Ini

Beliau berkata, Allahyarham Sapiah juga sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah dan bukan pesakit yang disenarai dalam program "Safari Wukuf."
Mohd Na'im sebelum itu melawat Pusat Rawatan TH Mekah, di Syisha dan menyantuni beberapa orang pesakit yang dirawat di situ.
Dengan kematian terbaharu itu, ia menjadikan bilangan jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci ialah seramai lapan orang setakat ini.
Dalam perkembangan sama, rakan Sapiah sudah memaklumkan berita kematian Allahyarham kepada warisnya di Malaysia.

BERITA TRENDING: Hafal Al-Quran Sejak Muda, Mengajar Matematik Di Makkah Antara Fakta Menarik Tentang Sheikh Maher, Penyampai Khutbah Arafah Tahun…

BERITA TRENDING: Ini Kisah Menyayat Hati Jemaah Haji Palestin Yang Dijemput Raja Arab Saudi – “Kebahagiaan Saya Tidak Lengkap Tanpa Anak, Tanpa Suami”

Tujuh kematian jemaah haji negara sebelum ini ialah pertama, Abnil Hajar Ismail, 72, dari Kedah yang meninggal dunia pada 24 Mei lepas.
Manakala, pada 29 Mei lepas, kematian kedua menimpa Mohd Zahir Ismail, 58, yang menghembuskan nafas terakhir semasa tawaf umrah pertama akibat diserang sakit jantung.
Pada 7 Jun lalu, dua lagi jemaah Malaysia meninggal dunia ialah Ghazali Ahmad, 71, dari Kedah, dan Noormadiah Mat Ali, 53, dari Terengganu.
Punca kematian mereka masing-masing adalah disebabkan kegagalan buah pinggang dan sumbatan pembuluh darah di perut serta jangkitan kuman pada paru-paru.
Pada 10 Jun, jemaah muda, Zuraida Mohd Haris, 37, meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz selepas alami pendarahan otak dan tidak sedarkan diri selama enam hari. Sementara itu, dua jemaah lelaki masing-masing berusia 75 dan 65, meninggal dunia pada 11 dan 13 Jun lalu.
Baharuddin Mohd Shood dari Jengka, Pahang meninggal dunia akibat kanser usus yang merebak ke sistem hempedunya. Allahyarham sebelum itu dirawat di Pusat Rawatan TH di Mekah.
Kematian ketujuh, menimpa jemaah warga Malaysia, dikenali sebagai Abdul Manaf Hanapiah, berasal dari Alor Setar, Kedah dengan punca kematiannya ialah serangan jantung. Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Mekah pada 5:30 petang kerana serangan jantung.
Warisnya, iaitu isteri Allahyarham, Che Asmah Idris segera dimaklumkan mengenai kematian suaminya itu.
"Tabung Haji (TH) akan membuat badal haji kepada kesemua jemaah haji yang meninggal dunia ini dengan kosnya ditanggung oleh Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia, " kata Mohd Na'im.
Kesemua jemaah haji Malaysia dikebumikan sama ada di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram atau Tanah Perkuburan Sharayaa, Mekah.
Kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini yang diberikan Arab Saudi ialah seramai 31,600 orang dan selesai melaksanakan rukuh haji iaitu berwukuf.
Wukuf di Arafah pada tahun ini ialah pada 9 Zulhijjah iaitu pada 15 Jun (Sabtu) bersamaan hari Sabtu, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.