,
Hiburan

"Semoga Tiada Mudarat..." - Khir Rahman Beri Peluang Terakhir

Badrul Hashim
22/09/2020
19:30 MYT
Setelah sekian lama isu pembayaran Teater Korupsi Dewan Semandung seolah seperti selesai kerana tidak kedengaran desas desusnya, Khir Rahman memuat naik satu video pendek di Instagram miliknya memberitahu tentang hak pembayaran yang dituntut.
"Assalamulaikum...Hi guys, saya saja nak update yang saya ini telah menerima beberapa janji dan adakalanya dimungkiri. Janji yang terkini adalah saya akan mendapat hak saya pada 26hb september ini.
"So ini peluang yang terakhirlah. So sekiranya saya tak dapat, nantikan next video saya. Assalamualaikum," kata Khir Rahman dalam video pendek tersebut.
Pada video pendek tersebut, Khir turut berharap agar tidak akan timbul sebarang kemudaratan dan semoga urusan tersebut dipermudahkan serta tidak akan ada video susulan.
Tidak tahu sama ada kemelut tentang bayaran teater Korupsi Dewan Semandung sudah selesai, namun Khir sebelum ini tidak pernah bercakap tentang bayaran daripada produksi lain selain daripada teater tersebut.
Ditambah lagi dengan komen yang ditinggalkan oleh pelawak yang berasal dari Indonesia, Vicha yang turut berlakon di dalam teater tersebut pada ruangan komen di Instagram Khir.
"Saya punya akhir bulan katanya so kita tunggu juga," tulis Vicha.
Baca: "Bercerita Buruk Manusia Bukan Amalan Saya Tapi..." - Khir Rahman Desak Kak Ogy Lunas Baki Bayaran Teater Korupsi Dewan Semandung!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Olimpik Paris 2024: Jadi ‘Wajah’ AS, Snoop Dogg Terima Bayaran Jutaan Ringgit Sehari

gempak
08/08/2024
15:55 MYT
Rapper Snoop Dogg diketahui menjadi ‘wajah’ Olimpik Paris 2024 buat kem atlet Amerika Syarikat.
Hiburan

Dilabel Penyanyi Lelaki Termahal, Judika Dulu Dibayar RM5.80

gempak
29/07/2024
03:55 MYT
Nama penyanyi Judika memang sangat popular malah lagu-lagu miliknya menjadi kegemaran ramai peminat tidak kira dari Indonesia atau Malaysia.
Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

gempak
05/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.
Hiburan

"Penyanyi Veteran Sepatutnya Dibayar RM10,000 Satu Show" - Khadijah Ibrahim

gempak
02/07/2024
04:30 MYT
Bintang yang mencipta legasi di pentas muzik sejak era 1970-an, Datuk Khadijah Ibrahim, 65, berpendapat penyanyi veteran wajar dibayar sekurang-kurangnya RM10,000 bagi setiap persembahan sesuai dengan merit dan kepakaran dimiliki.
Hiburan

"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari

gempak
01/05/2024
11:27 MYT
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.