,
Laman Utama

Seminggu Kahwin, Nik Iruwan Belum Jumpa Kelemahan Nabila - "Dia Sempurna, Baik & Fantastik!"

Amri Hassan
28/11/2023
04:50 MYT
Lebih seminggu selamat disatukan sebagai suami isteri, Nik Iruwan menyifatkan kehadiran Nabila Razali merupakan detik terindah dalam hidupnya.
Jelas Nik Iruwan, biarpun baru saja mengenali isterinya tahun ini, sosok wanita itu merupakan insan paling sempurna dan hebat di matanya.
"Dia sempurna di mata saya. Malah, dia juga wanita yang baik dan fantastik. Saya cuba mencari di mana kelemahannya tapi belum jumpa lagi.
"Saya akui keputusan untuk bernikah dengannya adalah satu perkara yang besar dalam hidup saya, termasuk untuk Nabila sendiri. Saya tidak berbelah bahagi untuk berkahwin dengannya.
"Bagi saya, Nabila juga wanita yang sangat teratur dan bersemangat dalam apa saja yang dia ingin lakukan. Sepanjang tinggal bersamanya dalam tempoh seminggu ini, kehadirannya adalah detik yang paling membahagiakan dalam hidup saya," katanya.
Pasangan mempelai ditemui usai majlis persandingan mereka bertemakan Jawa di Royale Chulan Damansara pada Ahad.

BERITA TRENDING: Nabila Razali Naik Tandu, Resepsi Meriah Bertemakan Jawa!

Bagaimanapun, Nabila memilih untuk tidak berkongsi tempoh mereka menjalin hubungan cinta sebelum mengambil keputusan untuk bernikah pada 18 November lalu.
"Pada pandangan saya, masa itu tidak penting tapi momen yang kami luangkan bersama ketika dalam tempoh terbabit cukup bermakna. Sepanjang kami berkenalan tidaklah berlangsung dengan sempurna, sudah tentu kami ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, tapi perkara itulah yang melengkapi perhubungan kami berdua.
"Sepanjang perkenalan pun, suami saya saling melengkapi segala kekurangan yang ada pada diri saya. Selebihnya hanya Tuhan dan saya saja yang tahu. Saya harap perkahwinan ini kekal hingga ke jannah serta memohon doa daripada semua orang untuk perhubungan yang baru dibina ini," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Kisah Cinta Ada Dalam Lagu, Nabila Razali Hadiahkan ‘Hanya Kamu’ Khas Untuk Suami

Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri pada 18 November lalu dalam majlis pernikahan di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.
Foto: byariffinsulaiman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar