,
UjiBakat-Ujibakat

Selesai Di Sabah, Pencarian ‘The Chosen One’ Bersambung Di Aeon Mall Shah Alam!

Umirah Halim
11/07/2024
04:17 MYT
Program nyanyian, ‘The Chosen One’ kini kembali untuk musim kedua dan ini merupakan peluang terakhir anda menyertai rancangan pencarian bakat muda terunggul ini!
Setelah selesai bertemu bakat-bakat hebat pada sesi ujibakat di Sabah, kini giliran mereka di semenanjung pula mencuba nasib.

Giliran semenanjung pula

Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berusia 7 sehingga 17 tahun. sesi ujibakat terakhir akan berlangsung di Aeon Mall Shah Alam. Selangor hujung minggu ini, pada 13 dan 14 Julai bermula jam 9 pagi. Jangan lupa imbas kod QR untuk pendaftaran atas talian.
‘The Chosen One’ merupakan sebuah program nyanyian realiti yang mengandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang bakal menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih.
Berikut merupakan senarai lagu wajib untuk para peserta lelaki dan perempuan.
Untuk rekod, adik Amir Sisi telah dinobatkan sebagai pemenang The Chosen One musim pertama bersama jurulatihnya, Putera Muhammad dan membawa pulang wang tunai RM 30,000. The Chosen One musim pertama turut menampilkan penyanyi-penyanyi hebat yang lain seperti Aisha Retno, Hazama, Shiha Zikir dan Wani Kayrie.
Adakah anda bintang yang kami cari? Siapakah barisan jurulatih musim kedua kali ini? Teruskan mengikuti perkembangan The Chosen One!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Berita

Buaya Di Tasik Seksyen 7 Akhirnya Berjaya Ditangkap

gempak
04/09/2024
16:50 MYT
Tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, akhirnya buaya di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam berjaya ditangkap.
Berita

Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, Seksyen 7, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-Hati

gempak
03/09/2024
05:20 MYT
Susulan tular satu hantaran di media sosial berhubung kemunculan buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 77, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di kawasan itu.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.