,
Berita

Selepas Tular Gambar Hadir Jamuan Makan, Exco Perak Mohon Maaf

Amri Hassan
19/04/2020
09:39 MYT
Exco Perak, Razman Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat selepas gambarnya tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, petang Jumaat.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil itu berkata, apa yang telah berlaku merupakan kekhilafannya.
Dalam masa sama, beliau berkata, pencerahan yang dibuat bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar.
"Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu fronliners, Alhamdulillah dapat membantu serta merta sebarang kekurangan peralatan yang dihadapi frontliners terutama kepada petugas kesihatan.
"Setiap malam petugas kami menghantar makanan bermasak kepada petugas sekatan jalanraya disekitar Bagan Serai khususnya," katanya dalam laman Facebook pada Sabtu.
Dalam catatan itu, beliau turut memberi contoh, jika tidak turun padang mana mungkin dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalanraya amat mendesak.
"Dalam setiap tindakan, kami amat titik beratkan perihal standard prosedur operasi (SOP) dan sekiranya ada tindakan kami yang dilihat melanggar SOP Insya-Allah kami akan atasi," kata beliau.
Sehubungan itu, Razman mengajak semua pihak bersama terus berdoa semoga ujian COVID-19 dapat meningkatkan iman dan bertambah sayang kita rakyat Malaysia dengan kerajaan Perikatan Nasional ini.
Pada Sabtu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya akan mengambil keterangan seorang Exco kerajaan negeri bersama beberapa individu selepas gambar mereka tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.
Menurutnya, polis akan memanggil individu terlibat berdasarkan penelitian gambar yang tular, hari ini (Ahad).
Foto berkenaan menjadi bahan perdebatan dalam kalangan netizen kerana golongan kenamaan itu disifatkan mereka bukan sahaja ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bahkan tidak mengamalkan penjarakan sosial.
Tindakan itu dianggap tidak wajar ketika kerajaan mengarahkan seluruh rakyat Malaysia mematuhi arahan yang ditetapkan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pentinju Itali Ingin Minta Maaf Kepada Imane Khelif - “Saya Marah Kerana…”

gempak
03/08/2024
01:55 MYT
Angela berkata, dia berasa sedih atas kontroversi yang melanda selepas dia ‘menarik’ diri daripada pentas acara baru-baru ini.
Hiburan

Termuat Naik Gambar Free Hair, Adira Salahudi Mohon Maaf - "Sesiapa Tengok, Jangan Sebarkan"

gempak
24/07/2024
07:48 MYT
Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi tampil membuat permohonan setelah tersilap memuatnaik foto tanpa berhijab di akaun Instagramnya.
Terkini

Leona Terkilan Bekas BFF Elak Berjumpa, Belum Mohon Maaf - "Saya Tak Block Dia, Pernah Cuba Berbaik Tapi ..."

gempak
22/05/2024
03:55 MYT
Kontroversi mengenai kawan baik didakwa telah ‘sailang’ bekas kekasih anak kepada selebriti Azhar Sulaiman, Leona pernah kecoh di laman sosial sebelum ini.
Viral

“I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah

gempak
02/05/2024
14:36 MYT
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz akhirnya bersuara tentang kontroversi rumah tangga yang berlaku antara dirinya dan Bella Astillah.
Laman Utama

Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki

gempak
21/08/2023
07:50 MYT
Ini sebabnya...