,
Hiburan

Selepas Tudung, Neelofa Keluarkan Baju Panas Dan Wangian Jenama Sendiri

Azwa Rahman
19/07/2019
11:42 MYT
Pengacara dan usahawan Neelofa melangkah setapak lagi dalam bidang perniagaan apabila mengeluarkan baju panas daripada jenamanya sendiri, Lofa Brand.
Menerusi ruangan Insta Storynya di Instagram, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, kerap berkongsi rekaan baju panas yang terdapat di dalam koleksi terbarunya.
“Jenama ni dah ada lama tapi baru sekarang saya nak lancarkan. Signature Lofa Brand adalah baju panas yang terdiri daripada baju panas biasa dan juga berhud.
“Ketika kunjungan saya je London akhir tahun lalu, saya dah mengesahkan semua rekaan koleksi terbaru ini dan rekaan akan datang bersama dengan pengeluar,” katanya menerusi rakaman hampir dua minit itu.
Selain baju panas, jenama Lofa Brand turut menjual rangkaian wangian badan dan rambut.
“Semua koleksi ini dikilangkan di United Kingdom (UK) kerana buat masa sekarang saya masih belum bercadang untuk membuka sebarang gedung di Malaysia kerana jenama ini masih terlalu baru.
“Tengoklah kalau ada sambutan di Malaysia, mungkin lepas tu baru saya akan fikirkan perancangan akan datang.
“Jika anda beli, ia akan terus dihantar daripada UK terus ke rumah anda,” ujarnya lagi.
Sehelai baju panas Lofa Brand beharga sekitar 45 Pound (RM232), baju panas berhud bernilai 55 Pound (RM283) manakal rangkaian wangian rambut dan badannya pula berharga 90 Pound (RM464).
Anda boleh membeli rangkaian Lofa Brand ini secara dalam talian di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.