Hiburan
"Selepas Tengok PASKAL, Baru Aku Tahu Pengorbanan Ayah Aku" - Sudah Raih RM16 Juta, Ramai Peminat Terkesan Dengan PASKAL The Movie
Filem arahan Adrian Teh, PASKAL The Movie meraih kutipan sebanyak RM16 juta dalam 10 hari tayangan.
Memulakan tayangan rasmi pada 27 September lalu, filem ini mendapat respon yang baik serta mencetus fenomena tersendiri di Malaysia.
Menerusi pemerhatian di laman sosial, rata-rata peminat berkongsi mengenai pengorbanan dan pengalaman ahli keluarga yang terlibat dalam PASKAL mahupun bidang ketenteraan.
Terdapat segelintir penonton mengakui mereka lebih memahami dan menghargai pengorbanan seorang PASKAL atau tentera selepas menonton filem PASKAL The Movie.
Ada juga penonton beranggapan industri perfileman sudah matang dalam menghasilkan filem yang bagus dan jalan penceritaan yang menarik.
Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini mendapat perhatian ramai pihak.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!
Must-Watch Video