,
Laman Utama

Selepas Setahun Duduk Rumah, Kareena Kapoor Mahu Sambut Deepavali Di Kawasan Pergunungan

Asraf Aided
13/11/2020
05:15 MYT
Sempena meraikan perayaan Deepavali atau Diwali esok, pasangan pelakon popular Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor bersama anak mereka, Taimur Ali Khan akan bercuti di Dharamshala, India.
Memetik laporan Times of India, pasangan ini membuat keputusan tersebut memandangkan Saif Ali kini sedang menjalani penggambaran filem di sana.
"Saif sedang menjalani penggambaran di Dharamshala untuk sebuah filem, saya pula tidak pernah pergi ke sana, jadi saya akan membawa Taimur bertemu dengannya di sana.
"Kami teruja untuk bercuti di kawasan pergunungan dan menghirup udara segar di sana.
"Sudah setahun kami duduk di rumah sebelum ini. Jadi, bercuti ke Dharamshala untuk beberapa hari adalah satu perkara menarik," kata Kareena.
Dalam pada itu, Kareena yang kini hamil anak kedua berkata, dia lebih gemar meraikan Deepavali dengan sambutan yang lebih kecil tahun ini.
"Kami merancang untuk bercuti dengan senyap dan meluangkan masa bersama, sudah tentu kami tidak akan meraikan Diwali besar-besaran tahun ini.
"Saya lebih gemar untuk meraikannya secara kecil-kecilan sahaja kali ini," katanya lagi.
Sumber & Kredit Foto : Times of India, Instagram Kareena Kapoor
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tol Percuma Untuk Dua Hari Bermula Sabtu Sempena Deepavali

gempak
10/11/2023
03:55 MYT
Happy long weekend!
Laman Utama

Kareena Kapoor Trauma Nama Anak Dipersenda, Taimur Diambil Sempena…

gempak
15/09/2023
13:50 MYT
Kareena Kapoor mendedahkan dia dan suami, Saif Ali Khan sempat terkejut serta trauma selepas nama anak sulung mereka dipersendakan segelintir peminat.
Laman Utama

Hati-Hati Semua! 1.9 Juta Pengguna Lebuh Raya Sempena Deepavali

gempak
21/10/2022
09:47 MYT
Pertambahan trafik sehingga 1.9 juta kenderaan dijangka berlaku di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS)
Laman Utama

Kareena Kapoor Positif COVID-19, Buat Ujian Genom Sebab Takut Varian Omicron! Hasilnya ...

gempak
25/12/2021
06:45 MYT
Ada lagi beberapa artis Bollywood yang positif COVID-19!
Laman Utama

#GempakTop2021: Terpanas Dari BTown! Dari Kisah Pornografi, Dadah Aryan Khan Hingga Perkahwinan Mega Katrina Kaif

gempak
22/12/2021
15:25 MYT
Kontroversi Bollywood paling panas 2021!