,
Laman Utama

Selepas Menangis Lupa Beli Telur, Isteri Terharu Dengan Effort Suami Tebus Kesilapan - "Jadi Risau Sebab Bahaya & Tersentuh Sangat"

Syafiqah Jalal
23/02/2023
06:28 MYT
Baru-baru ini tular seorang isteri yang sedang mengandung terharu dengan usaha suami untuk memenangi hatinya kembali selepas gara-gara lupa beli telur yang dipesannya.
Malah wanita yang bernama Murni Hidayah itu tidak menyangka suaminya akan balik segera bersama makanan.
“Masa tu tiba-tiba saya tengah basuh pinggan, saya dengar bunyi gate (pagar). Ingat jiran sebelah, rupa-rupanya suami saya balik bawa makanan iaitu kuetiau dan telur.
“Kau gila apa, suami saya buat ‘sales’ (jualan) dekat Taman Desa dan dia naik motosikal kawan dia. Saya jadi risau sebab bahaya dan tersentuh sangat. Sebabkan telur je, saya marah, dia sanggup balik hantar,” katanya.
Video berkenaan tular di laman Twitter yang menunjukkan dirinya tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis teresak-esak gara-gara suaminya terlupa membelikan telur sebelum beredar ke tempat kerja.
Wanita itu meluahkan perasaannya di sehingga membuatkan ramai orang sebak namun menghiburkan di media sosial.
"Suami saya dah pergi kerja dan pagi tadi dia dah belikan roti untuk anak-anak tapi dia lupa nak beli telur. Lepastu saya cakap dengan dia, kenapa dia tak beli telur.
"‘You’ (awak) tahu tak telur tu makanan ‘I’ (saya) hari-hari. Tak baik buat saya kebulur macam ini.
“Maksudnya bila aku tak sempat nak masak tu, aku akan makan nasi dengan telur dulu petang-petang. Baru aku makan dengan lauk,” katanya sambil menangis.
Luah Murni Hidayah, meskipun suami dia meminta maaf kerana terlupa menerusi mesej pesanan khidmat ringkas (SMS), namun dia tetap berasa emosi dan marah.
“Aku cakap ‘dah lah, saya tak nak sebab, saya tak nak makan hari ini. Biar je lapar sampai balik nanti you bawak makanan untuk anak-anak’.Aku macam ‘rebel’ (merajuk) macam tu sahaja,” ujarnya.
Difahamkan ibu itu sedang hamil sarat hamil anak ketiga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Pemenang Grammy Paksa Lakukan S*ks Bertiga, Rog*l Jurusolek Isteri

gempak
04/10/2024
06:36 MYT
Penyanyi lagu-lagu country, Garth Brooks berdepan pertuduhan merogol jurusolek yang telah bekerja lama untuk isterinya, Trisha Yearwood.
Hiburan

Lelaki Musnahkan ‘Gitar Taylor Swift’ Guna Tukul, Selepas Beli RM16,700

gempak
03/10/2024
11:55 MYT
Seorang lelaki di negeri Texas mengundang kecaman ramai selepas memusnahkan gitar yang memiliki tandatangan penyanyi terkenal, Taylor Swift.
Hiburan

Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah

gempak
01/10/2024
12:55 MYT
Selebriti Indonesia, Baim Wong mengaku tidak mengetahui isterinya, Paula Verhoeven kini menunaikan umrah bersama beberapa rakannya.
Viral

3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain

gempak
01/10/2024
09:55 MYT
Kepercayaan semestinya satu faktor utama dalam menjayakan sesuatu perhubungan.
Hiburan

Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."

gempak
30/09/2024
08:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil meluahkan rasa kecewa kerana telah difitnah curang.
BorakSeeni