,
Hiburan

Selepas Locarno, Interchange Ke Filem Festival Toronto

Ahmad Shah
13/08/2016
00:30 MYT
Selepas Interchange mendapat sambutan luar biasa di tayangan dunia Filem Festival Locarno 5 Ogos lalu, kini filem tersebut juga telah dijemput ke tayangan perdana Amerika Utara di Filem Festival Toronto pada September depan.
Ini merupakan pemilihan kedua berturut-turut ke Toronto, selepas filem arahan Dain Iskandar Said sebelum ini, BUNOHAN dipilih untuk tayangan perdana dunia pada tahun 2011.
Pada tahun 2011, BUNOHAN dipilih untuk tayangan dunia di bawah kategori Discovery dan kini INTERCHANGE telah dipilih di bawah kategori Vanguard.
Kategori Vanguard meliputi filem-filem arthouse (seni) dan bergenre cemas yang tidak disangkakan, kisah yang menyeronokkan hingga ke cerita yang memaparkan kejutan. Vanguard juga meliputi filem-filem berunsur gelap, dengan ciri-ciri transgresif dan berbahaya.
Filem Festival Toronto yang dianjurkan sejak 1976 ini dianggap sebagai salah satu festival filem yang paling berprestij di dunia.
BACA: FILEM DAIN ISKANDAR SAID, INTERCHANGE KE FESTIVAL FILEM LOCARNO
Selepas mendapat berita filemnya terpilih sekali lagi, Dain Said menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kerana filem Malaysia diterima di peringkat dunia.
Selain Interchange, antara filem yang bakal ditayangkan termasuklah Snowden oleh Oliver Stone, The Salesman oleh Asghar Farhadi , Paterson oleh Jim Jarmusch dan Nocturnal Animals oleh Tom Ford.
Filem ini diterbitkan oleh Apparat dan dibiayai oleh Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDec) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Filem Nasional (FINAS). Interchange juga diterbitkan bersama penerbit Indonesia, Cinesurya.
Berita gembira ini diterima sebaik sahaja rombongan Interchange dalam perjalanan pulang dari Locarno, Switzerland untuk tayangan dunia mereka. Interchange ditayangkan di lapangan terbuka Piazza Grande, Pengarah Dain Said bersama barisan pelakon yang hadir dijemput oleh pengarah artistik festival tersebut, Carlo Chatrian untuk memberi ucapan di hadapan ribuan penonton yang hadir pada tayangan tersebut.
Filem lakonan Shaheizy Sam dan Nicholas Saputra ini bakal ditayangkan di Malaysia bermula 1 Disember 2016.
Sinopsis:
DETEKTIF MAN (SHAHEIZY SAM), bersama rakannya ADAM (IEDIL PUTRA), seorang jurufoto forensik, terlibat di dalam satu kes pembunuh bersiri yang amat mengerikan sehingga ianya memberi igauan serta kesan amat mendalam kepada Adam.
Sejak dari peristiwa tersebut, Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata dengan mengambil foto dari beranda apartmennya. Dari lensa kamera beliau, Adam mengintip IVA (PRISIA NASUTION), seorang wanita misteri berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartment bertentangan.
Tatkala itu, mulalah Adam diselinap masuk ke dalam dunia penuh misteri Iva. Pada masa yang sama, Man berjaya memecah kebuntuan kes-kes pembunuhan yang berlaku. Akhirnya, mulalah konflik dengan pelbagai kejadian-kejadian mistik, ngeri dan kepercayaan dahulukala yang mula menghantui mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Drama

Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!

gempak
02/05/2024
14:55 MYT
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”

gempak
17/04/2024
09:55 MYT
Ramai kecam watak Zarif.
Hiburan

Setiap Urusan Dipermudahkan, Shaheizy Sam Kongsi Kisah Sebak Semasa Jalani Ibadah Umrah – “Termenung 5 ke 8 Saat Depan Hajarul Aswad”

gempak
03/04/2024
01:55 MYT
Pelakon, Shaheizy Sam berkongsi pengalaman sebak ketika menjalani ibadah umrah baru-baru ini. Menerusi hantaran di TikTok, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam menceritakan di mana setiap ibadah yang ingin dilakukannya ketika berada di Mekah dipermudahkan oleh Allah SWT sehingga membuatkan dirinya menitiskan air mata. "Terdetik dalam