,
Laman Utama

Selepas Kecoh Isu Dengan Bekas Suami, Fatin Afeefa Bertunang Dengan Kekasih Jutawan?

Asyikin Mayudin
19/11/2022
08:55 MYT
Video yang dimuat naik pelakon Fatin Afeefa di Instastory miliknya memperlihatkan tangan seorang wanita disarung cincin menarik perhatian netizen.
Video tersebut seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon filem Tentang Bulan Itu sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya yang didakwa seorang jutawan.
Bagaimanapun Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin memilih untuk tidak mendedahkan wajah kedua-dua individu tersebut dalam video tersebut.
Malah hasil tinjauan Gempak, lelaki yang dipercayai kekasih Fatin itu juga ada memuat naik foto momen menyarung cincin di akaun laman sosial miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut memperlihatkan wanita yang disarung cincin itu memakai baju kurung berwarna kuning dan berambut panjang menyerupai Fatin Afeefa.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Aliff Awang juga mengulang siar perkongsian daripada kenalan rapat yang mengucapkan tahniah di samping mendoakan agar urusan dipermudahkan.
Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”

gempak
27/08/2024
04:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya menceburi bidang seni biarpun ada menerima tawaran ke arah itu.
Hiburan

Suami Jadikan Virus Monkeypox Sebagai ‘Joke’, Ini Respons Fatin Afeefa - “Yang Pasti Itu Bukan…”

gempak
26/08/2024
08:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa mengakui dia tidak tahu mengenai tindakan suaminya iaitu Aliff Awang yang menjadikan virus ‘monkeypox’ sebagai jenaka dalam sebuah video yang dikongsikan, baru-baru ini.
Hiburan

Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”

gempak
20/05/2024
07:55 MYT
Mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa mengumumkan berundur dari dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Hiburan

Lama Menyepi, Suami Fatin Afeefa Tidak Lagi Berharap Pada Forex - “Dah Setahun Tak Buat Benda Bodoh Tu”

gempak
20/03/2024
07:55 MYT
Suami Fatin Afeefa yakin rezeki luas.
Laman Utama

“Pakai Tudung Tak Wajib Tapi Tutup Aurat Itu…” - Fatin Afeefa

gempak
11/10/2023
00:50 MYT
Menutup aurat dengan sempurna wajib!