,
Hiburan

Selepas Kahwin, Mikail Andre Ikut Isteri Ke Langkawi

Syafiqah Jalal
02/04/2017
03:55 MYT
Adik kepada Pierre Andre yang juga seorang pelakon Mikail Andre akui bakal berpindah ke Langkawi, Kedah bersama isteri.
Mikail Andre, 24, yang baru sahaja diijabkabulkan dengan Siti Nur Aima Fauzi Jumaat lalu memberitahu keputusan itu dibuat kerana isterinya bertugas di sana.
“Saya rasa lebih bertanggung jawab dan hati juga lebih tenang selepas diijabkabulkan.
“Selepas ini saya akan berpindah ke Langkawi kerana isteri bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej di pulau tersebut," katanya.
Mikail selamat diijabkabulkan dengan Siti Nur Aima selepas solat Asar di kediaman keluarga pengantin perempuan, di Alor Setar, Jumaat lalu.
Siti Nur Aima menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM14,000, termasuk lima bekas hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.
Mikail juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali berlakon dan menduduki kerusi pengarah biarpun selepas bergelar suami.
Katanya, dia tiada masalah untuk berulang alik Kuala Lumpur-Langkawi kerana percaya rezeki dalam bidang seni sentiasa ada.
Majlis resepsi mereka berlangsung di Kelab Diraja Kedah dihadiri ahli keluarga dan sahabat kedua mempelai, hari ini.
Sumber Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.