,
Laman Utama

Selepas Janda Baik, Vie Shantie ‘Terbang’ Ke Arab Saudi, Tunai Umrah Buat Arwah Siti Sarah

Azwa Rahman
25/09/2021
05:53 MYT
Usahawan yang juga bekas isteri aktor Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan berada di Mekah bagi menunaikan umrah buat Allahyarhamah Siti Sarah.
Menerusi laman sosial Instagram, Vie berkongsi sebuah video sedang berada di Mekah untuk tatapan umum.
Menurut Vie, meskipun hanya mengenali arwah Siti Sarah dari media sosial, dia mengikuti rapat perkembangan arwah dan memang berniat untuk melakukan umrah buat arwah.
“Hari ini 23 September jam 7.10 pagi, alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, saya baru sahaja selesai buat umrah untuk arwah Siti Sarah Raisuddin.
“Daripada hari saya tahu saya akan pergi meeting di sini (Arab Saudi) dan saya akan tinggal beberapa hari di Mekah sehinggalah semua kerja-kerja di sini selesai, saya niat sejak Siti Sarah meninggal haritu di Malaysia, saya nak buatkan dia umrah kerana dia seorang ibu dan mempunyai tiga orang anak kecil, alhamdulillah saya sempat mendoakan bagi keempat-empat anak-anak Siti Sarah, saya juga ada empat orang anak, perasaan seorang ibu itu tak boleh digambarkan.
“Alhamdulillah kami dapat buat unlimited umrah yang diberi oleh kerajaan Saudi, jadi saya berpeluang buat untuk Siti Sarah, ini umrah kedua saya alhamdulillah allahuakbar.
“Semoga arwah Siti Sarah dan semoga anak-anaknya menjadi anak yang beriman walaupun tidak ada ibu di sisi.
“Semoga Shuib dan anak-anaknya selalu mendapat keberkatan dan semoga membesarkan anak Siti Sarah atau baby Ayash Affan menjadi anak yang beriman,” ujarnya menerusi sebuah video.
Sementara itu di ruangan komen, suami arwah, Shuib Sepahtu menitipkan ucapan penghargaan buat Vie yang menunaikan umrah buat arwah isterinya.
“Masyallah, subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Ya Allah terima kasih di atas badal umrahnya, doa-doanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan ini, semoga Allah merahmati @vieshantiekhan sekeluarga dunia dan akhirat Amin ya rabal alamin,” tulis Shuib di ruangan komen.
Terdahulu, pemilik jenama fesyen muslimah itu mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya bercuti di Janda Baik, Pahang meskipun dalam keadaan larangan merentas negeri.
Kemudian Vie dilihat berada di Riyadh dan Jeddah, Arab Saudi, difahamkan atas tujuan kerja.
BACA: "Tak Perlu Surat Sebab Masih Sempadan Selangor" - Vie Shantie Sempat Bercuti Di Janda Baik, Sekarang Ke Arab Saudi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

Tunjuk Perubahan Positif Sepanjang Dalam Pengawasan AADK, Exists Mahu Doakan Mamat Di Tanah Suci – “Gugurkan Apa Saja Dosa...”

gempak
10/11/2024
01:50 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai memaklumkan dia dan Exists akan mendoakan sahabatnya, Mamat yang kini berada dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Tanah Suci Makkah kerja tunaikan ibadah umrah, tahun depan.
Hiburan

‘Borong’ Minyak Wangi Di Makkah & Madinah, Shuib Belikan 2 Bagasi Untuk Watie Hanifiah - “Daddy Sokong Betul Bini Dia…”

gempak
06/11/2024
09:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah terharu apabila suaminya membelikan dua bagasi baharu supaya memudahkannya menyimpan minyak wangi yang dibeli di Makkah dan Madinah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Hiburan

Kilauan Emas 2024: “Benda Berkaitan Hutang Jangan Dibiarkan Tergantung” - Gee Mahu Selesaikan Hutang, Nak Tenang Buat Umrah

gempak
05/11/2024
02:50 MYT
Juara Kilauan Emas 2024, Gie Hamid, 48, merancang menggunakan wang RM30,000 hasil kemenangannya untuk melangsaikan hutang.
Unitar