,
Laman Utama

Selepas Jam Tangan, Rupanya Tokti Beli Beg Tangan Mewah Berharga RM20,000 2 Jam Sebelum Majlis Bermula!

Azwa Rahman
09/11/2021
14:40 MYT
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian wargamaya dikhabarkan membeli sebuah beg dari jenama mewah beberapa jam sebelum menghadiri pertunjukan fesyen pereka Rizman Ruzaini di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW).
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini di laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, pereka tersohor itu turut memberi penghargaan buat Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tokti kerana setia bersama jenama itu sejak hampir 16 tahun.
Special thanks to Datuk Seri Siti Nurhaliza for making the time to come for our show last night.
“16 tahun usia Rizman Ruzaini, 16 tahun jugalah usia persahabatan RR bersama beliau. Thank you so much for the trust and always supporting RR.
And yes, it’s an honour to have her be the first to wear our spring summer 22 collection.
P/s: she bought the Dior bag especially for our show (2 hours before) just to complete her look,” tulis mereka di ruangan kapsyen.
Beg tangan mewah dari jenama Christian Dior Medium Lady D-Lite berona putih hitam itu dianggar berharga RM20,500.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya teruja melihat kemewahan Tokti membeli beg tangan mewah dan mereka berpendapat ibu kepada dua orang anak itu selayaknya berbelanja.
“Jam RM1.1 juta + handbag RM20k++,” komen seorang wargamaya.
“She's the real OG. The one who actually elevates RR. Tq for appreciating her,” puji seorang wargamaya.
“rich rich i mean her net worth is $17 million,” kata seorang wargamaya.
“Ramaj yang puji.. For me memang cantik. Tapi entah sorang dua kata macam magician la, circus la. Apo punya mata. Kalau ramai kata cantik, ko sorang kata jelik. Ada something la kat mata ko tu,” tulis seorang wargamaya.
“All those hardwork and hard money earned. She deserved everythinggg she bought. Spend them monehhh,” sokong seorang wargamaya lagi.
Semalam, seorang wargamaya berkongsi jam tangan mewah yang dipakai oleh Tokti pada majlis yang sama mencecah harga jutaan ringgit.
BACA: Hadir Ke Minggu Fesyen KL, Tokti Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta? - "Ini Baru Orang Kaya Ada Standard"
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 7,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Terkini

Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah Fiziwoo? Ini Penjelasan Fiziwoo - “Ummi Merupakan..”

gempak
05/08/2024
11:55 MYT
Memperagakan busana daripada pereka fesyen terkenal Fiziwoo, pelakon Ummi Nazeera berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 baru-baru ini.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.