BERITA
Selepas Hanya Iktiraf Dua Jantina, Amerika Wajibkan Ibu Wanita & Bapa Lelaki
Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Robert F. Kennedy Jr mengumumkan panduan baharu yang mendefinisikan seorang ibu sebagai wanita dan bapa pula ialah lelaki, lapor portal berita RT semalam.
Hanya dua jantina
Pengumuman itu sebagai sebahagian daripada dasar Washington selepas Presiden Donald Trump hanya mengiktiraf dua jantina tersebut.
Sejak memegang jawatan, Trump mengeluarkan beberapa perintah berkaitan jantina yang mengesahkan dasar kerajaan AS mengiktiraf hanya dua jantina.
Beliau mengarahkan Jabatan Kesihatan (HHS) untuk memberikan panduan yang jelas dalam masa 30 hari tentang cara mentafsir definisi itu.
Panduan oleh HHS kelmarin mentakrifkan jantina sebagai klasifikasi biologi yang tidak berubah dan menetapkan individu sebagai lelaki atau perempuan.
“Pentadbiran ini memulihkan kebenaran biologi,” kata Kennedy Jr.
“Dasar pentadbiran terdahulu yang cuba ‘menstruktur’ semula ideologi gender ke dalam setiap aspek kehidupan awam telah berakhir,” hujahnya. –AGENSI
BERITA TRENDING: Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa
BERITA TRENDING: "Tak Solat Ke Datin?" - Netizen Persoal Ibadah
Sumber: Kosmo
Must-Watch Video