,
Laman Utama

Selepas Duet Dengan Calum Scott, Diana Danielle Lancar Lagu Bahasa Inggeris Sulung!

Amri Hassan
13/11/2022
06:00 MYT
Diana Danielle terus mengorak langkah dalam bidang seni suara menerusi lagu Bahasa Inggeris pertamanya berjudul Shine On.
Lagu ini membawa pesan pemerkasaan dalam mengatasi keraguan dan menepis segala rasa negatif yang datang. Diana mengambil inspirasi dari pengalaman peribadinya sendiri serta kisah-kisah mereka yang bersangkutan, yang pernah meragui harga diri masing-masing hanya kerana tanggapan orang lain atau keadaan sekeliling.
"Kita semua pernah berada di situ, sama ada di sekolah, kerja ataupun perhubungan peribadi di mana kita dibuat untuk merasa seolah-olah kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri atau apa yang dilakukan tidak mencukupi.
"Ia satu senario yang ramai di antara kita perlu hadapi setiap hari dan melalui “Shine On”.
"Saya hanya mahukan sebuah lagu yang sesiapa sahaja mendengarnya akan mengerti bahawa mereka tidak perlu rendahkan keyakinan diri mereka supaya orang di lain berasa selesa. Saya rasa ada kuasa tersendiri dalam menjadi seorang individu," ujarnya.
Bait lirik “Catching up with my better self, no one’s holding you back but yourself” yang membawa maksud ‘mengikuti kata hati sendiri, tiada siapa yang menghalang kecuali diri mu sendiri’ telah membantu membentuk video muzik lagu ini dengan menunjukkan perbezaan saat berada di satu tempat yang suram berbanding saat mendapat pencerahan melalui masa silam sukar yang pernah dilewati dalam hidup.
Pelancaran ini menandakan kesungguhan Diana sebagai seorang penyanyi dengan lebih banyak perancangan penghasilan muzik di masa hadapan.
Sebelum ini Diana pernah ditampilkan dalam lagu Calum Scott berjudul “Heaven”, sewaktu dipilih khas untuk mewakili Malaysia semasa kolaborasi Calum di Asia Tenggara lewat Universal Music Malaysia dan sempat mendendangkan lagu itu sewaktu konsert Calum di Kuala Lumpur pada bulan Oktober.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

gempak
06/09/2024
13:25 MYT
Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.