,
Hiburan

Selepas Dua Hari Padam Video Di Youtube, Sugu Pavithra Bakal Muncul Semula Petang Ini

Fiza Kamarudin
27/07/2020
06:45 MYT
Suami kepada S. Pavithra, M.Sugu memberitahu video baru akan dimuat naik di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ selewat-lewatnya petang ini.
Sugu turut mengakui memadam 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.
"Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah)," katanya ketika dihubungi di Bernama. Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput, turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan, susulan tindakan memadam semua video.
"Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia saluran itu yang kini berjumlah 787,000 orang.
Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit pada Selasa lalu. Namun Pavithra mengakui sudah memaafkan perbuatan suaminya itu.
Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga, berkata mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun, pada Selasa lalu.
Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Viral

Gara-Gara Mahu Naikkan 'Viewers', Youtuber Ditahan Selepas Muat Naik Video Masak & Makan Kari Burung Merak

gempak
14/08/2024
04:55 MYT
Seorang pempengaruh media sosial India ditahan selepas videonya memasak dan makan burung kebangsaan yang dilindungi negara itu, burung merak mencetuskan kemarahan awam.
Viral

Lelaki Viral Jalan Kaki Kajang-Beranang Kini Dah Dapat Kerja, Peniaga Dedah; "Bila Ke Rumahnya, Memang Benar Dia Perlukan Bantuan"

gempak
16/06/2024
02:43 MYT
Lelaki yang tular di laman sosial kerana berjalan kaki dari rumahnya di Kuala Pajam, Beranang ke Taman Jasmin, Kajang beberapa hari lalu sudah bekerja sambilan sebagai tukang masak di sebuah restoran dekat Bangi, Selangor.
Hiburan

Sebulan Kahwin, Syasya Buat Lunch Box Buat Suami - "Main Masak-Masak"

gempak
26/05/2024
01:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal membuat bekal buat suaminya berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Viral

Selamba Masak Di Stesen Minyak, Group Kereta Dikritik Warganet - "Level B*doh Dia Tak Boleh Bawa Bincang"

gempak
13/05/2024
05:57 MYT
Tular satu video TikTok baru-baru ini memaparkan beberapa individu membawa alatan memasak dan menjamu selera di sebuah stesen minyak terkenal di Malaysia.  Menerusi entri berdurasi satu minit itu, dapat dilihat kumpulan berkenaan tanpa rasa bersalah memasak menggunakan dapur mudah alih disertakan dengan meja dan kerusi lipat seolah-olah sedang 'be