,
Hiburan

Selepas Disney & Sony Capai Persetujuan Baru, Spider-Man Kembali Ke Marvel Cinematic Universe!

Kamaruddin Razal
27/09/2019
22:56 MYT
Disney dan Sony Pictures telah mencapai persetujuan baru untuk mengekalkan watak Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
Pada Ogos lalu, media melaporkan Spider-Man bukan lagi sebahagian daripada watak adi wira dalam MCU selepas dua syarikat penerbitan filem gergasi itu tidak dapat memuktamadkan perjanjian untuk meneruskan perkongsian mereka.
BACA: Tiada Lagi Spider-Man Dalam MCU, Bagaimana Nasib Tom Holland?
Menurut laporan Forbes, perjanjian terbaru itu menyaksikan Presiden Marvel Studios, Kevin Feige akan mengetuai produksi dan penerbitan filem terbaru Spider-Man.
Dalam pada itu, tarikh tayangan Spider-Man 3 juga turut diumumkan.
Bakal menemui penonton pada 16 Julai 2021, ini menjadi tanda yang filem terbaru Spider-Man akan menjadi sebahagian dari fasa keempat MCU.
Sumber: Forbes Kredit foto: People
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Spider-Man Tobey Maguire Didakwa Bercinta Dengan Model 20 Tahun, Berdarah Malaysia

gempak
09/07/2024
12:55 MYT
Peminat Tobey Maguire sedang mencari kebenaran di sebalik beberapa keping gambar aktor tersebut memegang pinggang dan memakai baju warna sedondon dengan seorang model muda.
Hollywood

Bintang Spider-Man, Tom Holland Nak Kahwin Aktres Zendaya

gempak
29/04/2024
12:55 MYT
Kisah cinta pasangan popular Tom Holland dan Zendaya memang menjadi perhatian.
Hiburan

Tiada Lagi Spider-Man Dalam MCU, Bagaimana Nasib Tom Holland?

gempak
21/08/2019
07:27 MYT