,
Laman Utama

Selepas Digelar V BTS, Kini Netizen Samakan Wajah Hael Husaini Dengan Cha Eun Woo

Shahrin Zulkifle
18/01/2023
22:00 MYT

Selain berbakat dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu, nama penyanyi Hael Husaini juga cukup sinonim dalam bidang fesyen.

Lihat sahaja gambar yang dikongsikan di Instagram, ada sahaja stail dan gaya baharu yang diperagakan oleh pelantun lagu Jampi itu.

Malah selain gaya pemakaian, wajahnya turut menjadi sebutan orang ramai sehingga sebelum ini ada yang menyamakan mukanya mirip dengan penyanyi korea selatan iaitu V BTS.

BACA: Peminat Sampai ‘Berdarah Hidung’ Tengok Gambar Terkini Hael Husaini - “Helok Macam Mana Nak Habaq Entah”

Pun begitu, baru-baru ini tular pula sebuah video di laman TikTok yang memaparkan gelagat Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi sedang melayan peminat cilik di tepi jalan yang meminta untuk dipeluk.

Video yang dimuat naik pemilik akaun @viancep memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan menyapa bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10 itu dan meminta izin untuk memeluknya.

@viancep naahhhh its too cute ? #haelhusaini #fendifw23 ♬ original sound - laviance

Bagaimanapun, aksi Hael pada perkongsian tersebut telah membuatkan ramai yang tersalah sangka apabila menyangka dia adalah pelakon dan penyanyi popular dari Korea, Cha Eun Woo.

“Daripada tepi aku ingat Cha Eun Woo,” kata seorang wargamaya.

“Ingat Cha Eun Woo, tengok tag baru perasan itu Hael Husaini,” komen seorang warganet.

“Lah Hael Husaini ke? Ingat Cha Eun Woo,” ujar seorang warganet.

Sehingga artikel ini ditulis perkongsian tersebut telah mendapat 1.3 juta tontonan dan 220 ribu tanda suka.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.