,
Berita

Selepas Anak Perempuan, Kini Anak Lelaki Bobby Brown Pula Ditemui Mati

Maliah Surip
19/11/2020
16:15 MYT
Anak lelaki penyanyi R&B dan penerbit, Bobby Brown, Bobby Brown Jr dilaporkan ditemui meninggal dunia di kediamannya pada Rabu, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis Los Angeles.
NBCNews.com melaporkan, Brown Jr meninggal dunia pada usia 28 tahun. Meski demikian, punca kematiannya masih dalam siasatan pihak polis.
Menurut fakta kejadian, pihak kecemasan menerima panggilan sekitar pukul 2 petang waktu tempatan dari kediaman Brown Jr. di Encino.
Brown Jr. adalah anak dari hasil perkahwinan Bobby Brown bersama Kim Ward.
Sebelum ini Bobby Brown telah kehilangan anak perempuan hasil perkahwinannya dengan diva Whitney Houston. Anaknya, Bobbi Kristina Brown ditemui tak sedarkan diri di dalam tub mandi pada tahun 2015. Selepas enam bulan koma, dia menghembuskan nafas terakhir pada usia 22 tahun.
Selain Bobby Jr dan Bobbi Kristina Brown, penyanyi ini mempunyai lima anak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.