,
Laman Utama

Selepas 8 Tahun, Zayn Malik Dedah Faktor Perpecahan One Direction

Maliah Surip
14/07/2023
13:54 MYT
One Direction atau 1D merupakan salah sebuah grup yang cukup popular selepas ditubuhkan pada tahun 2010.
1D terdiri daripada gabungan lima anak muda iaitu Niall Horan, Liam Payne, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Zayn Malik yang diasaskan oleh meastro muzik. dan juri terkenal Simon Cowell setelah mereka menyertai pertandingan The X Factor.
Namun kumpulan yang sempat mencipta fenomena dengan lagu Story of My Life ini hanya bertahan lima tahun sebelum Zayn menjadi anggota pertama meninggalkan 1D.
Dalam sebuah temu bual di podcast Call Her Daddy, Zayn yang sudah enam tahun tidak melakukan wawancara mendedahkan salah satu faktor perpecahan 1D.
“Sangat jelas memang ada isu dalam 1D dan tentang hubungan kami juga.
“Kami sudah lima tahun dan bersama setiap hari. Jika saya boleh jujur, kami cuma lelah dengan sikap antara satu sama lain,” dedah Zayn seperti dilaporkan media tempatan.
Mantan pasangan Gigi Hadid ini juga mengaku berbanding empat rakan yang lain, dia adalah seorang yang pasif. Namun jika berkaitan kerjaya, dirinya tidak berfikir dua kali.
“Sebab itu saya menjadi orang pertama yang meninggalkan 1D. Saya sangat serius tentang karier dan mahu bersaing. Saya mahu keluar dan melakukan kerja solo saya,” katanya.
1D kemudian berpecah beberapa bulan selepas Zayn meninggalkan mereka.
Zayn lahir dengan album solo pertama berjudul Mind Of Mine pada 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.