,
Sukan

Selamat Tinggal Bola Sepak! Fernando Torres Umum Persaraan

Kamaruddin Razal
21/06/2019
13:35 MYT
Fernando Torres mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak hari ini, selepas 18 tahun bermain secara profesional, lapor Astro Awani.
Penyerang berusia 35 tahun dari Sepanyol itu beraksi untuk pasukan Sagan Tosu di Jepun tahun lalu, membuat pengumuman menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.
Torres akan memberi butiran lanjut mengenai keputusannya untuk bersara pada satu sidang media pada Ahad di Tokyo.
Torres menjaringkan 81 gol sepanjang empat musim bersama Liverpool dan memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa dan Piala FA dengan Chelsea. Bekas penyerang antarabangsa Sepanyol itu juga memenangi Piala Dunia pada 2010.
Torres berhijrah ke Liverpool dari kelab tempat kelahirannya, Atletico Madrid pada 2007 dan menjaringkan 24 gol untuk the Reds pada musim pertamanya di England.
Dia kemudian membuat kejutan apabila berhijrah ke Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan Januari 2011.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

gempak
20/09/2024
12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Hiburan

The Chosen One 2024: “Saya Suka Jenis Suara Yang Berlemak” – Wany Hasrita Dedah Faktor Utama Pilih Mentee

gempak
20/09/2024
12:25 MYT
Penyanyi Wany Hasrita berkongsi sebab mengapa dia memilih Geng 3 Beradik termasuk perserta solo, Qal Daienish untuk dijadikan mentee dalam program The Chosen One 2024.
Hiburan

“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap

gempak
20/09/2024
12:20 MYT
“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap
Hiburan

"Biarlah Saya Jadi Isteri Yang Baik" - Angeline Tan

gempak
20/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan menjadi seorang muslimah yang baik.
Hiburan

“Saya Tidak Akan Minta Maaf & Sedia Berdepan Untuk Menegakkan Kebenaran” - Uyaina Arshad

gempak
20/09/2024
11:08 MYT
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan tidak pernah menerima sebarang surat tuntutan (LOD) daripada pihak peguam yang mewakili Abang Bas.