Hiburan
Selamat Datang! Akhirnya Song Ji Hyo Pilih Agensi Sama Dengan Hyeri
Pelakon dan anggota Running Man Song Ji Hyo akhirnya memilih untuk bersama dengan agensi baru, Creative Group ING.
Berita gembira itu didedahkan oleh agensi tersebut menerusi satu kenyataan kepada media semalam.
Menurut Creative Group ING, pihaknya sangat berbesar hati menerima kehadiran pelakon cantik itu.
“Kami sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan Ji Hyo dalam keluarga kami. Kami akan sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap Ji Hyo.
“Bersama kami, pasukan-pasukan petugas eksklusif yang terdiri daripada kakitangan yang berpengalaman supaya dapat mempromosikan kerjayanya secara aktif sama ada dalam dan luar negara,” kata wakil agensi berkenaan.
Selain Ji Hyo, selebriti lain yang berada di bawah naungan agensi yang sama ada Hyeri daripada kumpulan K-Pop Girl’s Day.
Terdahulu, Ji Hyo telah mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya, MY Company.
Keputusan itu dilakukan selepas menjadi artis di bawah pengurusan syarikat tersebut sejak tahun 2016.
Dalam perkembangan terbaru, Ji Hyo kini sibuk menjalani penggambaran untuk filem terbarunya, Daughter.
Must-Watch Video