,
Laman Utama

"Selama Ni Tak Payah Pun, Kenapa Pula Sekarang Ni 'Bersirim-Sirim'?" - Jaafar Onn

Amri Hassan
09/04/2022
00:55 MYT
Pelakon dan pengacara senior, Jaafar Onn meluahkan kekecewaan terhadap cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institu Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Menerusi hantaran di platform TikTok baru-baru ini, Jaafar, 71, khuatir perwartaan tersebut kurang sesuai dilakukan ketika rakyat sedang bergelut dengan pelbagai masalah ketika ini.
"Ada ke pula sekarang nak pakai pelitup muka kena ada cop SIRIM. Apa bendalah semua ini.
"Menyusahkan orang. Selama ni tak payah pun, kenapa pula sekarang ini ‘bersirim-sirim’?
"Ini semua nak buat bisnes agaknya, kau ingat apa? Kau ingat orang Malaysia ini kaya-raya? Asyik nak kenakan duit, duit, duit. Orang nak cari duit pun susahlah," keluhnya menerusi hantaran video di platform TikTok.
Tambah pelakon filem 18 Puasa Di Kampong Pisang itu lagi, sepanjang tiga tahun pandemik melanda negara, isu cop SIRIM pada pelitup muka tidak pernah menjadi kerisauan ramai.
"Apa bendalah nak kena cop SIRIM bagai, selama ini yang kita pakai dah tiga tahun tiada pun cop SIRIM ke apa, tiada apa-apa pun (jadi).
"Mati lagi ada lah. Apo lahai. Bod*h punya kerja. Assalamualaikum," katanya.
Suara Jaafar itu rata-ratanya dipersetujui oleh pengguna media sosial yang melihat perwartaan itu seperti ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.
"Teguran yang bernas!
"Nak buat duit, tak cukup-cukup apa yang ada.
"Tula, dulu kalau betul nak cop SIRIM dari awal lagi. Ni dah lama baru nak cop-cop bagai. Ingat kita ni senang sangat ker?
"Kita rakyat marhaen ni tak tertakluk undang-undang tu. Pengilang dan pengedar je. Sabar...
"Sabar bang, dah memang itu kerja mereka," demikian komen beberapa pengguna media sosial TikTok.
Dalam perkembangan terbaharu, media melaporkan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar