,
Laman Utama

“Selama Dengan Kumpulan Raihan, Saya Tidak Pernah Senang Hati,” - Nazrey Johani

Izwan Isa
26/09/2022
00:50 MYT
Penyanyi nasyid, Nazrey Johani akhirnya mendedahkan sebab utama mengapa dia menarik diri daripada terus menganggotai kumpulan Raihan.
Menerusi satu video temu bual berkata, dia terpanggil untuk berdakwah di negeri kelahirannya di Sabah, selain sepanjang dia bergelar ahli anggota Raihan, hatinya tidak pernah tenang.
Nazrey menjelaskan dia juga merupakan seorang individu yang tidak pernah mengejar populariti dan menganggap kerjaya nyanyiannya itu sebagai satu pekerjaan semata-mata.
“Ada satu ketika, Ustaz Halim Abbas ada menghubungi saya untuk meminta saya buat dakwan di Sabah. Katanya tak ramai yang datang ke surau. Insya-Allah kalau saya di sini, akan ramai yang datang ke surau.
“Bila teringat kembali sebab utama saya masuk Islam, iaitu tidak mahu menjadi Islam hanya sekadar nama… oh yes, ini adalah perjuangan saya. Inilah masanya.
“Selama saya dengan kumpulan Raihan, saya tidak pernah senang hati.mKetika bepergian ke luar negara, saya tidak pernah terfikir yang saya pergi sebagai selebriti. Sebaliknya hanya memenuhi tuntutan kerja,” jelas Nazrey.
@nazreyjohaniofficial KENAPA SAYA KELUAR RAIHAN? Pendedahan ini diceritakan oleh Ustaz sendiri apabila team ustazustazah.com bertanyakan "Kenapa Ustaz tak pilih untuk berdakwah tanpa keluar daripada Raihan?" Lalu tergerak hati ustaz untuk berkongsikan kisah yang sebenar semasa kami berada di Pusat TajaQuran di Kg Bitoon, Ranau, Sabah. Selepas keluar dari Raihan, Ustaz giat dalam kerja dakwahnya untuk membangunkan maahad tahfiz di Sabah dan kini beliau bersama team ustazustazah.com sedang menjalankan sebuah Program TajaQuran untuk MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN. Program dijalankan untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan fardhu ain secara PERCUMA kepada anak-anak asnaf di seluruh Malaysia terutamanya rakyat Sabah. Kini 5 Pusat TajaQuran telah dibuka di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. KONGSI VIDEO INI SUPAYA SEMUA ORANG TAHU KISAH SEBENAR! Klik link utk sokong dakwah Ustaz: https://nazreyjohani.com #TajaQuran #NadiAlQuran #UstazNazreyJohani #Raihan #Sabah @UstazUstazah.Com ♬ original sound - nazreyjohaniofficial
Dalam masa sama, Nazrey memberitahu yang dia selalu berdoa agar diberikan kekuatan untuk menarik diri daripada Raihan tanpa mencetuskan permusuhan antara dirinya dan ahli-ahli lain.
“Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik. Saya selalu berdoa seperti itu hampir setiap hari kerana tidak mahu terlibat dengan populariti.
“Hati saya tidak tenang. Jadi saya berdoa diberikan jalan keluar secara baik daripada kumpulan Raihan,” katanya.
Selama 14 tahun berkecimpung dalam bidang seni bersama Raihan, Nazrey akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan nasyid ikonik itu.
“Sewaktu saya menyatakan hasrat untuk keluar daripada Raihan, mereka tidak memujuk sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah.
“Sejak daripada itu saya sudah bebas daripada Raihan dan menjalani kerja-kerja dakwah di Sabah,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Terima Kasih Kepada Ibu Bapa Yang Dulu Beli Kaset Kami”- 27 Tahun Dalam Industri, Raihan Terharu Masih Diingati

gempak
21/02/2023
13:00 MYT
27 Tahun Dalam Industri, Raihan Terharu Masih Diingati
Laman Utama

Zawfan Mirip Kumpulan Nasyid Raihan?

gempak
18/02/2023
06:55 MYT
Zawfan muncul dengan lagu pertama berjudul Rasul Kita
Laman Utama

"Kami Mahu Kikis Stereotaip ..." - Konsert Garis Masa Raihan Esok, Ini Yang Peminat Gerenti Akan 'Rasa'

gempak
17/02/2023
14:40 MYT
Konsert yang bakal memecahkan persepsi stereotaip terhadap Raihan
Laman Utama

Raikan Israk Mikraj Dengan Konsert Garis Masa Raihan Pada 18 Februari Ini, Habib Ali Zainal Hingga Neelofa Pun Ada!

gempak
22/01/2023
09:45 MYT
Peristiwa Israk Mikraj adalah salah satu kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT.
Laman Utama

"Cukup 100,000 Followers TikTok, Saya Akan Jumpa Raihan" - Nazrey Johani

gempak
01/11/2022
03:52 MYT
Moga ada jalan penyelesaian...