,
Laman Utama

Selalu Kena Pukul, Dikurung Kalau Buat Silap, Individu Ini Buka Cerita Sebenar Isu Lelaki Henyak Bini

Izwan Isa
18/11/2022
03:25 MYT
Individu yang berkongsi video seorang lelaki mendera seorang wanita yang viral baru-baru ini tampil memberikan penjelasan.
Menerusi individu berkenana, wanita tersebut telah membuat laporan polis dan berjumpa dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.
Namun, wanita itu masih terlalu takut memandangkan kecederaan yang diterima pada bahagian kepala.
“Report polis dan doktor dah dibuat di HKL tapi mangsa terlalu takut dan tengah sakit sebab dihentak di kepala didera separuh mati… cuma semua tak dapat record. Alhamdulillah Allah bagi juga peluang record dan lari,” katanya menerusi ruangan komen di TikTok.
Dalam pada itu, individu berkenaan menambah, wanita berkenaan merupakan seorang isteri yang baik, tetapi sering dipukul jika melakukan kesilapan kecil.
“Saya yang post video ni. Dia isteri yang baik, tapi suami dia panas baran yang melampau sangat-sangat. Silap sikit akan kena bantai. Dia dengan anak dia dikurung dan kena pukul kalau tersilap.
“Anak tu adalah anak yatim guys, anak dengan suami lama. Yang pakai tudung adalah orang gaji yang kena bantai juga,” tulisnya lagi.
Terdahulu, sepotong video yang memperlihatkan seorang lelaki memukul dan menerajang seorang wanita viral di media sosial.
Menerusi respons yang ditinggalkan oleh netizen, ramai yang ‘naik hantu’ menyaksikan rakaman berkenaan dan meminta agar sesiapa yang mengenali individu terbabit tampil membuat laporan polis.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shidee Nafi Panas Baran, Minta Alihkan Kaki Punca Berbalah Dengan Abang Ipar

gempak
01/04/2024
02:25 MYT
Penyanyi Shidee tampil menjelaskan punca sebenar pergaduhan membabitkannya dengan abang ipar di kediaman ibu mentuanya pada 25 Mac lalu.
Laman Utama

“Saya Buat Apa Yang Perlu” - Sharnaaz Ahmad Nafi Panas Baran Punca Dakwaan Memukul Penghuni Kondominium!

gempak
20/06/2022
06:57 MYT
Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana
Laman Utama

“Memang La Dia Negative Dadah. Tapi Dia Positif Baran” - Lelaki Pecah Tingkap Kereta Isteri Ditahan, Netizen Minta Dijauhkan Dengan Suami Panas Baran

gempak
15/12/2021
22:50 MYT
Minta dijauhkan...
Laman Utama

Tuju Anggap Anak-Anak Penyebab Perubahan Diri - "Dulu Panas Baran Sebab..."

gempak
27/02/2021
02:50 MYT
Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Tuju bersyukur kerana dirinya telah mengalami perubahan.
Hiburan

Didakwa Kaki Pukul & Panas Baran, Tuju Minta Bukti Depan Mata

gempak
30/08/2020
11:35 MYT
Mana bukti saya ini panas baran, saya tidak takut