,
Hiburan

Selalu Dianggap Budak Pelik, Yonnyboii Dedah Miliki Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD)

Fiza Kamarudin
20/05/2020
10:00 MYT
Komposer, penulis lirik dan penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Yonnyboii mengakui mempunyai penyakit Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif.
Yonnyboii berkata disebabkan penyakit tersebut, selama ini orang menilai dirinya sebagai seorang yang pelik sehingga disalah erti.
“Jadi, terjawab kenapa saya berkelakuan, berasa seperti orang buangan dan sebagainya. Saya selalu dianggap macam budak pelik, walau ke mana pun saya pergi.
“Ini juga antara punca saya menjadi anti sosial. Sebab saya sedar orang tidak menyukai saya dan sering menjadi mangsa ‘bahan’.
“Dengan pengakuan ini masyarakat akan lebih tahu dan menyedari personaliti sebenar diri saya. Saya hanya nak cakap, tak ada masalah nak menjadi pelik. “Tak ada apa yang salah jika menjadi diri sendiri. Kenapa nak kena berselindung. Sakitkan diri saja,” katanya yang muncul dengan single baru ‘Aku Itu Aku’ yang menggambarkan tentang perasaan dan cabaran dirinya menghadapi ujian dunia.
Tambah Yonnyboii, lagu tersebut juga mengingatkan bahawa dia seorang yang normal tetapi sedikit istimewa.
“Apa yang penting, lagu ini saya nak perbetulkan apa yang orang sering cakap semua manusia tak sempurna.
“Saya Cuma ingin sampaikan setiap orang ada kesakitan dan peningkatan dalam hidup. Saya pasti menerusi lagu ini orang dapat kaitkan dalam diri masing-masing,” katanya.
“Sebab, selepas melalui banyak perkara, saya sedar sebagai manusia, Allah sudah ciptakan kita sempurna dengan pelbagai sifat dan kerenah. Cuma, kita unik dalam pelbagai cara. Kita sempurna dan cantik dengan cara tersendiri. Jadi, bagi saya untuk mengatakan manusia tak sempurna adalah tidak tepat,” katanya. Istimewanya, Yonnyboii memilih tanggal 20 Mei sebagai tarikh pelancaran lagu ciptaan sepenuhnya itu sempena meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-22.
“Lagu ini dilancarkan sempena hari jadi saya sebagai hadiah buat diri sendiri. Jadi, lagu ini macam peringatan untuk diri saya yang semakin meningkat usia. Tapi, saya masih orang sama,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yonnyboii berkata ia adalah eksperimen dalam muzik yang dibawa.
“Untuk muzik kali ini saya cuba eksperimen sikit. Saya menggabungkan R&B dan elemen rock. Jadi, dari kebiasaan R&B hip hop, saya cuba selitkan rock alternatif pula.
“Seperkara lagi, apa boleh dikatakan gubahan lagu ini memang sangat berbeza daripada lagu saya sebelum ini,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Ini Salah Faham, Video Itu Wife Hanya Repost” - Yonnyboii

gempak
08/10/2023
05:55 MYT
Harap semua dah jelas ya.
Laman Utama

"Selagi Mak Dan Suami Benarkan..." - Isteri YonnyBoii Mohon Netizen Henti Kecam Pakaian Seksi

gempak
03/10/2023
07:55 MYT
Nik Nazira memohon orang ramai agar tidak menjadikan pemakaiannya sebagai bahan cacian.
Hiburan

IG Dah Kosong, Kenapa Dengan Yonnyboii?

gempak
07/09/2023
08:26 MYT
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja semua gambar pada akaun Instagram milik penyanyi, rapper dan komposer Yonnyboii hilang.
Laman Utama

“Baby Kai Telah Pun Selamat Dilahirkan” - Yonnyboii & Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki Sulung

gempak
20/07/2023
02:42 MYT
Alhamdulillah tahniah Yonny & isteri.
Laman Utama

"Barang Baby Ada Dalam Kereta Dan..."-Yonnyboii Tunggu Hari Timang Baby Boy!

gempak
15/07/2023
03:45 MYT
Yonnyboii kata dah ada nama untuk anak!