gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Ada Niat Hina Wanita Sudah Bercerai, Janna Nick Tampil Perjelas Isu ‘Perempuan Gila’ - “Saya Tahu Soalan Itu Sensitif Untuk Fattah Tapi…”
HIBURAN
“Selagi Tulang Tak Patah Saya Okay” - Qasrina Karim
HIBURAN
Konsert Simfoni Budaya II Bakal Temui Peminat 5 Julai Depan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Selagi Allah Beri Peluang & Mereka Masih Bernyawa..." - Puisi Fizie Sempena Hari Ibu Undang Sebak Ramai

gempak
Amri Hassan
12/05/2025
16:43 MYT
Sponsor Banner
"Selagi Allah Beri Peluang & Mereka Masih Bernyawa..." - Puisi Fizie Sempena Hari Ibu Undang Sebak Ramai
Sempena sambutan Hari Ibu, penyampai radio Gegar FM, Fizie Roslan, menyentuh hati ramai apabila membacakan puisi bertajuk Pelita Hatiku, yang didedikasikan khas buat ibunya tercinta, Sarimah Bahazin, 62.
Dalam hantaran video yang dimuat naik di laman sosial rasmi Gegar FM baru-baru ini dengan kapsyen menyentuh hati.
"Kalau ini kali terakhir kami boleh...", Fizie bersama barisan penyampai lain menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih buat ibu masing-masing.
Berkongsi kisah di sebalik penghasilan puisi itu, Fizie berkata beliau memilih untuk menzahirkan penghargaan dalam bentuk puisi kerana merasakan ia paling dekat dengan isi hatinya.
“Bila diberikan tugasan untuk hasilkan kandungan sempena Hari Ibu, saya pilih untuk membaca puisi sebagai luahan rasa buat ibu saya.
“Pengorbanan seorang ibu tak ternilai. Tiada kata yang mampu membalas jasa dan kasih yang dicurahkan sejak lahir hingga kini. Saya sendiri akan cari masa untuk hubungi ibu di kampung, walau sibuk bekerja,” ujarnya.
View this post on Instagram
A post shared by MAAMY MINERAL ESSENCE HQ (@mineralessence_official)
Fizie turut menitipkan pesan kepada orang ramai agar sentiasa menghargai ibu selagi mereka masih ada, dan mengabadikan momen bersama mereka sebagai kenangan yang tak ternilai.
Tidak hanya kepada ibu kandung, Fizie juga mengingatkan agar menghormati dan menyayangi ibu mentua seikhlas hati.
“Alhamdulillah, saya dikurniakan ibu mentua yang luar biasa, Hasmah Mohamad. Beliau bukan sahaja menyokong kerjaya seni saya, bahkan percaya pada kebolehan saya.
“Menariknya, sempena Hari Ibu ini juga, saya berjaya memujuk ibu mentua untuk meluaskan empayar perniagaannya, Maamy Mineral Essence, ke Lembah Klang. Akhirnya beliau setuju untuk membuka pejabat di Avenue Crest, Shah Alam,” katanya.
Mengakhiri perkongsian, Fizie mengakui dirinya insan bertuah kerana masih dikurniakan dua insan bergelar ibu dalam hidupnya dan berjanji untuk terus menghargai dan membahagiakan mereka selagi diberi kesempatan.
“Seperti yang saya katakan, selagi Allah beri peluang dan mereka masih bernyawa, kita wajib hargai dan berikan yang terbaik,” ujar Fizie penuh syukur.
Topic Berkaitan
#Penyampai radio
#Hari Ibu
#Puisi
#Gegar fm
#Fizie Roslan
Must-Watch Video