,
Hiburan

Sel Ahmad Dhani Dipisah Dari Banduan Perokok

Kamaruddin Razal
30/01/2019
01:33 MYT
Tiada sebarang layanan istimewa akan diperoleh artis terkenal yang juga pengasas kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani selama ditahan di penjara Cipinang, Jakarta Timur.
Bagaimanapun, sel yang akan dihuni penyanyi itu akan dipisahkan dari sel-sel yang menempatkan banduan perokok memandangkan Ahmad Dhani tidak boleh menghidup asap rokok.
Jaminan itu diberikan Ketua Penjara Cipinang, Oga Darmawan seperti dilaporkan portal berita Kompas pada Selasa.
Menurut beliau, permintaan agar Ahmad Dhani, 47, dipisahkan daripada banduan perokok dikemukakan keluarganya selain disokong oleh laporan perubatan.
"Beliau disahkan mengidap penyakit (anti asap rokok), jadi kami jauhkan (Ahmad Dhani) daripada perokok," kata Oga.
Mengenai layanan yang akan diperoleh pula, Oga berkata, Penjara Cipinang tidak berupaya memberikan perhatian istimewa buat Ahmad Dhani kerana pusat tahanan berkenaan mempunyai kapasiti yang amat padat.
"Kapasiti kami ialah 1,000 tahanan tapi sekarang terdapat 4,3000 tahanan, lalu keistimewaan bagaimana (yang boleh diberi pada Ahmad Dhani)?" katanya lagi.
Sementara itu, Oga berkata, ketua kumpulan serta pemain gitar utama Dewa 19 itu yang kini ditempatkan di bahagian orientasi berada dalam keadaan sangat baik.
Penghibur yang juga aktif dalam parti politik Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) itu dijangka ditempatkan di bahagian berkenaan bagi membolehkannya menyesuaikan diri dengan keadaan semasa antara tiga hari hingga seminggu.
"Dalam tempoh tiga hari kami akan selia dan kenal pasti siapa yang boleh menjadi teman beliau. Sesudah itu mereka akan ditempatkan bersama," sambung Oga lagi.
Pada Isnin, Majlis Hakim Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahmad Dhani ekoran tiga entri beliau di laman Twitter yang berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.
Serentak itu, Majlis Hakim memerintahkan Ahmad Dhani ditahan.
BACA: Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Tetap Berlangsung Biarpun Ahmad Dhani Dipenjara
BACA: "Tidak Ada Yang Berubah Meski Ahmad Dhani Tidak Bisa Ikut Bergabung" - Ari Lasso
Berdasarkan rancangan, Ahmad Dhani dan anggota Dewa 19 akan mengadakan Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Feat Ari Lasso & Once Mekel di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 Februari ini.
Sekalipun Ahmad Dhani tidak muncul, konsert berkenaan akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.
Sumber: Astro Awani Foto: Liputan6
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Islam Hanya Pada Kad Pengenalan, Anak Ahmad Dhani Pernah Lalui Fasa Tak Kenal Agama – “Saya Pernah Tanya Bunda, Kenapa Saya Sembah Allah”

gempak
15/06/2024
04:55 MYT
Anak lelaki bongsu Ahmad Dhani dengan bekas isteri, Maia Estianty, Dul Jaelani mendedahkan pernah mempersoalkan mengapa perlu menyembah atau solat kerana tidak mengenali Allah SWT.
Hiburan

Vokalis Dewa 19, Virzha Nikahi Wanita Arab

gempak
29/04/2024
06:51 MYT
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Hiburan

Mulan Jameela Buat Grup WhatsApp Menu Ramadan, Ikut Selera & Persetujuan Suami

gempak
11/03/2024
13:55 MYT
Mulan Jameela memberitahu dia juga mahu memastikan seluruh ahli keluarganya berbuka puasa dengan menu makanan yang baik dan berkhasiat.
Hiburan

Once Bakal Bawa Dealova Di Konsert Trio Terhebat, Jelaskan Hubungan Terkini Dengan Ahmad Dhani

gempak
08/03/2024
07:55 MYT
Penyanyi Once Mekel mengakui hubungannya dengan pengasas Dewa 19, Ahmad Dhani berada dalam keadaan baik.
Hiburan

Pertama Kali Sertai Politik, Once Mekel ‘Minta Bantuan’ Rakyat Indonesia Di Malaysia Undi Dirinya

gempak
11/02/2024
04:33 MYT
Bekas penyanyi Kumpulan Dewa 19 Once kini menceburi bidang politik di Indonesia.