,
Laman Utama

Sekuel Kampung Latah Kena Kuarantin Kini Di Astro First, Kampung Latah…The Mummy Bakal Cuit Hati Anda!

Azwa Rahman
26/08/2022
07:31 MYT
Filem komedi Kampung Latah Kena Kuarantin kembali dengan sekuel terbaharu, Kampung Latah...The Mummy telah menemui penonton di saluran Astro First (480) bermula 25 Ogos.
Pada tahun lalu, filem pertama Kampung Latah telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya di Astro First.
Mengembalikan pengarah daripada filem pertama iaitu Azizi Hj Adnan, filem Kampung Latah...The Mummy menyaksikan jalan cerita kali ini berkonsepkan komedi seram.
Menurut Hazil Izham Ismail selaku penerbit Kampung Latah...The Mummy dan wakil daripada MEGAPINE (M), pihak mereka yakin filem komedi boleh diterima oleh ramai penonton.
“Selepas filem Kampung Latah Kena Kuarantin menerima sambutan baik daripada penonton pada tahun lalu, kami tidak teragak-agak untuk menampilkan sekuel seterusnya. Filem Kampung Latah...The Mummy memaparkan lebih aksi dan lebih telatah komedi, di samping mengekalkan konsep latah.
“Kami berharap agar Kampung Latah...The Mummy mampu menghiburkan semua golongan penonton dan sekali gus memgulangi pencapaian box office di Astro First,” ujarnya menerusi satu kenyataan.
Istimewanya sekuel kali ini, selain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah...The Mummy turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, Ilham Abata dan ramai lagi.
Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI.
Filem Kampung Latah...The Mummy mengisahkan suasana Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya.
Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk.
Saksikan filem komedi seram Kampung Latah...The Mummy dengan melanggan melanggan Astro First di saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Bagi yang ingin menonton filem pertama Kampung Latah Kena Kuarantin, anda juga boleh melanggan kombo Koleksi Opocot! Latah yang menampilkan dua filem iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin dan Kampung Latah...The Mummy dengan harga RM19.90 bermula 25 Ogos.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

gempak
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
Hiburan

Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?

gempak
25/04/2024
10:12 MYT
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Hiburan

Khunsa: “Nasib Baik Dia Tak Melatah” - Ketuk Kepala Azhan Rani, Sherry Alhadad Menggigil

gempak
03/04/2024
02:49 MYT
Sherry jadi Che Ton memang padu!
Hiburan

Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”

gempak
29/03/2024
21:45 MYT
Azhan Rani luah rasa kecewa.
Hiburan

Khunsa: Sherry Alhadad Tak Pernah Terfikir Berlakon Watak Mak Tiri Jahat! - "Agak Stress Sebenarnya"

gempak
26/03/2024
08:50 MYT
Sherry Alhadad akui tertekan untuk menjayakan peranan Che Ton, seorang ibu tiri jahat dalam drama rantaian popular Khunsa.