BERITA
Sekitar Majlis Khatam Al Quran YAM Tunku Tun Aminah
Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim menyempurnakan pembacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene di Johor Bahru, samalam.
Majlis Khatam al-Quran diadakan sempena Istiadat Perkahwinan DiRaja YAM Tunku Tun Aminah dan Encik Dennis Muhammad Abdullah hari ini.
Menerusi akaun Facebook The Royal Johor yang berkongsi foto-foto sepanjang majlis tersebut memaklumkan, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut berkenan menghadiri majlis diadakan secara sederhana tersebut, pada Ahad.
Hadir sama adalah KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar dan Kerabat DiRaja Perak, serta isteri-isteri pegawai daerah Johor.
Tunku Tun Aminah memperdengarkan bacaan surah lazim diikuti tetamu yang lain dan diakhiri dengan doa yang dibacakan oleh guru agama Tunku Tun Aminah, Ustazah Hajah Raimah Binti Kemat.
Tunku Tun Aminah manis berbaju kurung serta berselendang serba putih di majlis tersebut.
Anakanda Sultan Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, hari ini.
Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis berkenaan:






Must-Watch Video