,
Hiburan

Sekali Lafaz, Anim Ezati Rizki Sah Menjadi Isteri Mohd Fadli

Hanafis Haris
28/12/2019
10:23 MYT
Pengacara Anim Ezati Rizki, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohd Fadli Sahudin, 37, pada jam 5.11 tadi dengan hanya sekali lafaz.
Majlis akad nikah tersebut berlangsung di Straits Hill Villa, Johor Bahru.
Anim dan Fadli telah dinikahkan oleh Ustaz Fakhrul Razi, kadi daerah Johor Bahru yang disaksikan oleh abang kandungnya, Syazan Amer Khan.
Pengantin perempuan telah menerima RM2,000 sebagai mas kahwin manakala RM20,000 sebagai wang hantaran.
Pihak pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Majlis tersebut telah disaksikan kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, teman rapat dan rakan media.
Terdahulu, Anim mendedahkan hubungannya bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid sudah berakhir sejak Januari lalu.
Dalam pada itu, Anim dan Fadli juga menjadi pasangan yang dipaparkan di portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular di TV3, Mahligai Cinta yang boleh dilayari menerusi www.mahligaicinta.com.my mulai November ini.
Foto: CST Production
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.