,
Hiburan

"Sejuta Pun Bye Bye" - Sharifah Amani Dedah Tolak Tawaran RM1 Juta Jadi Duta Produk Pemutih

Kamaruddin Razal
02/05/2018
12:40 MYT
Pelakon Sharifah Amani mendedahkan pernah ditawarkan RM1 juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit, namun terpaksa menolak kerana tidak mahu mementingkan diri.
Menerusi kenyataan di Twitter, dia mengakui teruja dengan ganjaran lumayan itu tetapi terpaksa melepaskannya selepas mendapat nasihat ibunya, Fatimah Abu Bakar, selain atas dasar tanggungjawab terhadap masyarakat.
Pelakon itu juga bersyukur kerana ibunya sentiasa membuka minda, dan menasihatinya supaya tidak mudah gelap mata apabila menerima sesuatu tawaran. Katanya lagi, martabat lagi lebih penting daripada wang dan mungkin kerana atas sebab itu dia tidak kaya sampai sekarang. Posting yang dimuat naik itu telah dikongsi oleh lebih 5,000 pengguna di Twitter dan mendapat perhatian netizen yang memuji integriti Sharifah Amani.
Sementara itu, Dr Amalina Bakri turut memuji tindakan Sharifah Amani dan berharap lebih ramai selebriti lebih bertanggungjawab dalam membuat keputusan untuk menjadi duta sesuatu produk. Dr Amalina menggalakkan lebih ramai selebriti untuk mempromosikan gaya hidup sihat dengan pemilihan produk yang baik untuk masyarakat.
Penyanyi Yuna turut menyuarakan pandangan dan berkongsi pengalamannya yang mendapat tawaran sama tetapi terpaksa menolaknya selepas mendapatkan nasihat ibu. Yuna mengakui walaupun tawaran ganjaran itu amat menarik, dia menegaskan wang bukan segala-galanya.
Sumber: Astro Awani Susunan: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.