,
Laman Utama

"Sejak Kecil Saya Ada Angan-Angan Berkahwin Dengan Anak Raja" - Amanda Amry

Amri Hassan
21/10/2023
11:00 MYT
Pelakon, model dan pencipta kandungan media sosial (content creator), Amanda Amry, 20 tahun melancarkan single sulungnya yang berjudul ‘Sang Pangeran’.
Nama panggilan yang manis, Amanda juga telah mula menceburi dunia model sejak usia 5 tahun, malah telah membuat penampilan sulung di skrin menerusi klip video lagu ‘Sayangi Dirimu’ oleh Nur Fazura ketika berusia 12 tahun.
Sejak itu, Amanda aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi dalam satu drama ‘Kau Cipta Kasih’ bersama pelakon utama yang lain seperti Nazim Othman, Uyaina Arshad, dan Fify Azmi.
Walaupun sibuk dengan dunia lakonan dan permodelan, Amanda juga turut berminat dalam bidang nyanyian.
Pada awalnya, Amanda membuat kandungan sosial media (content social media) sehingga telah dilamar oleh pihak Sony Music Malaysia.
Hasil dari minatnya dalam bidang nyanyian kini menglancarkan single pertamanya yang bertajuk Sang Pangeran pada tahun ini.

Kahwin anak raja

Single sulungnya yang bertajuk ‘Sang Pangeran’ (Bahasa Minangkabau) mengisahkan tentang impian untuk memiliki seorang Putera atau dalam konteks Amanda, lelaki idaman dan pasangan impian yang harus dimiliki.
"Saya sejak kecil sering mempunyai angan-angan untuk berkahwin dengan anak raja, namum perkara ini tidak bergitu tekad dan hanya sekadar mimpi di siang hari.
"Apabila menerima lagu ini seolah-olah mimpi menjadi kenyataan biarpun bukan memiliki putera raja malah dapat berkongsi angan-angan ini kepada orang ramai ia sangat membuatkan saya rasa teruja," kata Amanda.
Amanda juga menjelaskan bahawa lagu ini boleh dikaitankan dengan dirinya yang mempunyai angan-angan memiliki anak raja.
Walau bagaimanapun, ia hanyalah angan kosong ketika Amanda masih kecil yang mungkin terpengaruh dengan cerita dongeng dan kisah drama atau filem.

Amanda gementar

Amanda juga menjelaskan tentang cabaran dalam lagu ini seperti perasaan yang gementar ketika dalam menghasilkan lagu ini dan takut akan penerimaan orang ramai terhadap lagu ini.
Namun itu bukan penghalang untuk Amanda dalam menghasilkan lagu Sang Pangeran dan ia merupakan penguat semangat dalam meluaskan lagi karya yang bakal memberi impak yang positif pada orang ramai pada masa akan datang.
"Secara jujurnya memang ada perasaan gementar, jika lagu ini tidak dapat diterima oleh orang ramai. Malah itu bukan penghalang bagi saya kerana dari situ kita mengambil peluang untuk meningkatkan lagi mutu dalam karya yang akan datang," ujarnya.
Lagu ‘Sang Pangeran’ dirangka untuk memenuhi permintaan dan citarasa orang sekarang, dengan irama yang cathy dan mudah didengar.
Lagu ‘Sang Pangeran’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar