,
Viral

“Sedikit Sebanyak Saya Rasa Trauma Nak Kahwin” - Ruhainies

Asyikin Mayudin
11/03/2024
10:00 MYT
Tular semula video temu bual pelakon Ruhainies berkongsi mengenai dirinya yang mempunyai perasaan fobia untuk berkahwin di platform TikTok.
BERITA TRENDING: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”
Menerusi perkongsian video di TikTok NONA, Ruhainies mengakui dia tidak mencari seorang lelaki yang kaya namun hanya mahukan pasangan hidup yang bertanggungjawab.
“Untuk lelaki, sejujurnya ramai ingat saya mencari lelaki yang kaya. Jujurlah kita cakap… sebab terlalu cliche, I’m not looking a rich man. Bagi saya, saya mencari seseorang yang bertanggungjawab.
“Untuk cari lelaki yang bertanggungjawab ini bukan sesuatu yang mudah. Sebab nak kata ada rupa, ramai orang dekat dalam dunia ini ada rupa, ramai orang dalam dunia ini yang kaya.
“Tapi yang bertanggungjawab itu yang susah nak cari. Sebab itu, untuk saya… saya perlu berkawan dengan dia lama dulu baru saya betul-betul boleh kahwin,” katanya.
Tidak terdesak mahu mendirikan rumah tangga, Ruhanies turut memberitahu dia berasa bimbang untuk berkahwin kerana melihat apa yang berlaku disekelilingnya.
“Sebab saya bukan terdesak dalam era yang saya nak kena kahwin sebab orang lain kahwin. Saya tak boleh ikut orang. I know what I want in a guy. Saya tak nak terburu-buru untuk mendirikan tangga.
“Lagipun kita kan tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Sebenarnya sedikit sebanyak saya rasa trauma, fobia nak kahwin. Sebab sudah tentu masa kahwin semuanya bahagia, indah.
“Tapi betul ke apa yang ditonjolkan kat dalam media sosial. Itu yang saya rasa takut sangat tu. Sejujurnya, saya gembira dengan diri saya sekarang, pencapaian saya, keluarga. Saya ada keluarga untuk dijaga.
“Jadi, saya tidak tergesa-gesa nak kahwin tapi saya minta, harap semua doakan yang terbaik untuk saya,” ujarnya.
@nona.my Lah kenapa Ruhainies trauma nak tamatkan zaman single? Jom dengar sendiri penjelasan dari tuan punya badan. Apa-apa pun, Nona mendoakan yang terbaik buat Ruhainies. #majalahnona #ruhainies #womenoftiktok ♬ Romantic Moment - AudioMars
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.