,
Hiburan

“Sedihnya…Tuhan Mudahkanlah Urusan Mereka” - Netizen Titip Doa Buat Mereka Yang Terpaksa Pajak Barang Ketika PKPB!

Hanafis Haris
04/05/2020
21:56 MYT
Selepas 47 hari ‘berkurung’, semalam merupakan hari pertama rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menerusi PKPB, premis perniagaan kini boleh beroperasi dan kenderaan persendirian pula boleh dinaiki hingga empat orang.
Namun, dalam pada ramai yang bergembira dengan perlaksanaan itu, terdapat juga yang bernasib malang apabila terpaksa menggadaikan barangan mereka.
Situasi ini dapat dilihat apabila gambar orang ramai sedang beratur di hadapan kedai pajak viral di media sosial terutama Twitter.
Difahamkan, gambar tersebut diambil di kawasan bandaraya Ipoh dan beberapa lokasi di Kuala Lumpur.
Susulan itu, ramai netizen yang melahirkan rasa simpati mereka terhadap apa yang berlaku.
“Tuhan, mudahkan urusan mereka. Hari pertama dibenarkan beroperasi, kebanyakan kedai pajak penuh. Moga baik-baik saja,” kata seorang pengguna Twitter.
“Ya Allah sedihnya tengok, dalam kita duk shopping ada orang sampai bergadai sana sini nak teruskan hidup,” kata seorang lagi pengguna Twitter.
Anda boleh lihat lagi antara reaksi netizen di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terpaksa Pajak Telefon Bimbit RM80 Untuk Beli Makanan

gempak
22/09/2024
18:55 MYT
"Kami terputus bekalan makanan sejak dua hari lalu hingga saya terpaksa pajak telefon bimbit untuk mendapatkan RM80 bagi membeli barang dapur," kata Norazifa Othman, 40.
Hollywood

Pernah Dituduh Lelaki, Lady Gaga Malas Layan : “Peminat Tak Peduli Jantina Saya”

gempak
22/09/2024
13:45 MYT
Lady Gaga akhirnya berkongsi pandangan mengenai gosip yang pernah menerpa pada awal kemunculannya dahulu.
Viral

"Nasi Kandar Wajar Diiktiraf Sajian Warisan Malaysia!" - Penganjur Nasi Kandaq Fest 2.0 Ulas Isu Nasi Kandar 'Berpasir'

gempak
22/09/2024
05:30 MYT
Menu nasi kandar seharusnya digazetkan sebagai makanan warisan negara, sama seperti nasi dagang, teh tarik, serta roti canai.
Viral

GISB: Buku Al-Arqam, Jadual Zikir Aurad Muhammadiyah Cuba Ditanam & Dibakar, Dirampas

gempak
22/09/2024
02:55 MYT
Sebanyak 285 barangan berkaitan ajaran Al-Arqam, gerakan yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994, ditemukan dalam serbuan ke atas 19 premis berkenaan GISB Holdings Sdn Bhd (GSBH) di sekitar Melaka
Hiburan

Peluk Islam, Adam Corrie Syukur Isteri Selamatkan Dari Ilmu Agama Kurang Tepat: “Ini Perbuatan Syirik…”

gempak
22/09/2024
01:55 MYT
Pelakon yang terkenal dengan aksi lasak, Adam Corrie berkongsi kisah dirinya pernah mempunyai pengalaman salah ‘berguru’ sewaktu awal memeluk dan mendalami Islam.