,
Laman Utama

Sedihnya! Tragedi Tembakan Rambang Siam Paragon, Kembar 5 Tahun ‘Hilang’ Ibu Buat Selamanya

Izwan Isa
04/10/2023
23:50 MYT
Kes tembakan rambang yang berlaku di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, Thailand semalam mendapat liputan meluas dalam kalangan pengamal media seluruh dunia.
Selain media, netizen di media sosial turut berbicara mengenai tragedi yang menyayat hati itu.
Salah satu hal yang menjadi sorotan netizen adalah kisah pasangan kembar perempuan yang kehilangan ibu mereka buat selamanya.
Mangsa yang merupakan pelancong dari China itu merupakan salah satu korban yang ditembak di kepala ketika kejadian yang menyayat hati itu.
Menerusi laporan laman web Thaiger, seorang wanita warga tempatan bertindak berani dan mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan sepasang kembar berusia 5 tahun berkenaan selepas ibu mereka menghembuskan nafas yang terakhir.
Kejadian itu dikongsikan wanita Thailand itu di media sosial.
“Cerita sedih hari ini. Saya melarikan diri daripada kekecohan yang berlaku di Siam Paragon. Saya kemudian bertembung dengan kembar Cina. Ibu mereka telah ditembak dan mereka tidak dapat mencari ibu mereka.
“Saya cuba lakukan segalanya untuk tolong, termasuk berkomunikasi dengan mereka menggunakan aplikasi terjemahan. Tetapi bateri telefon saya hampir mati, tinggal 1 peratus sahaja. Mereka tanya saya adakah ibu mereka dah meninggal. Tetapi saya kata tidak. Saya cuba tenangkan mereka.
“Saya bawa mereka berjumpa dengan seorang polis dan ada pegawai polis memberitahu yang ibu pasangan kembar itu dah meninggal.
“Saya menangis sebab saya kasihan kepada kembar ini. Mereka tidak sepatutnya melalui perkara seperti inii. Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan,” tulisnya.
Menurut laporan yang sama, dari negara China itu ditembak di tandas tingkat bawah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Terdahulu, seorang remaja 14 tahun ditahan kerana menjadi suspek terhadap tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon, sehingga meragut tiga nyawa.
Sumber: Thaiger
BACA: TMJ Kongsi Detik Cemas, Bersyukur Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok! - "Kami Berlari Ke Ruang Bawah Tanah..."​
BACA: Suspek Tembakan Rambang Siam Paragon Rupanya Pesakit Mental, Tak Ambil Ubat​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.