gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mimi Lana Tak Ada Masalah Tayang Kemesraan Bersama Syafiq Kyle – “Tak Ada Nak Sorok-Sorok”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Ada Sebab Datuk Syafinaz Selamat Kembalikan Imuniti X Kepada Peserta! - “Saya Rasa Takut Kita Akan...”
HIBURAN
Terharu Dapat Sokongan Penonton Dari Indonesia, Alya Iman Sedia Kembangkan Karier - “Saya Sangat Bangga”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Sedihnya Sambut Raya MCO 3.0, Tapi Itu Yang Terbaik” - Kerajaan Laksana PKP Seluruh Negara Cetus Pelbagai Reaksi!

gempak
Hanafis Haris
10/05/2021
16:20 MYT
Sponsor Banner
“Sedihnya Sambut Raya MCO 3.0, Tapi Itu Yang Terbaik” - Kerajaan Laksana PKP Seluruh Negara Cetus Pelbagai Reaksi!

Selepas melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri, kerajaan hari ini akhirnya bersetuju untuk memperluaskannya di seluruh negara.

Perlaksanaan itu akan bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan itu dibuat berdasarkan trend kes harian COVID-19 yang semakin meningkat.

Menurutnya, kerajaan juga telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.

"Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional," kata Muhyiddin.

Kenyataan Media YAB Perdana Menteri pic.twitter.com/MGN0BdWPsh
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) May 10, 2021

"Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan COVID-19.

"Rantaian jangkitan COVID-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat," jelas beliau.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di platform Twitter, tanda pagar #MCO3 dilihat semakin trending.

Rata-rata mereka menjelaskan rakyat sebenarnya tidak marah ia dilaksanakan, namun kecewa kerana ia agak lambat.

“Tak marah MCO 3.0 tapi kenapa lambat sangat, kes makin tinggi.”

“Fuhh sekali PM kasi hadiah hari raya lah.”

“Bila tak MCO bising, bila MCO bising, apa sebenarnya korang mahu.”

“Sedihnya tapi mungkin itu yang terbaik,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video