,
Berita

Sedih & Pilu, Isteri Hamil Meraung Usap Perut Bila Suami Hanyut Banjir Ditemui

Syafiqah Jalal
05/01/2021
04:08 MYT
Suasana pilu menyelebungi tempat kejadian apabila seorang isteri meraung kesedihan melihat mayat suaminya yang ditemui selepas menjadi mangsa dihanyutkan banjir dua hari lalu di Jalan Kluang-Kahang, Johor.
Isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, yang hamil enam bulan tidak dapat menahan sebak apabila suaminya, Md Rajihan yang menyelematkannya dalam kejadian banjir itu ditemui dalam keadaan yang tidak diingini.
Suasana rakaman pilu itu dirakam dalam berita TV3 yang melaporkan mengenai kejadian tersebut.
Seorang pengguna twitter turut berkongsi rakaman video tersebut dan akui turut bersimpati dengan mangsa.
“Sedihnya tengok Nisa (isteri tersebut) usap perut sambil menangis lepas mayat suami dia dah dijumpai. Kuatkan dia ya Allah,” tulisnya.
Tengok minit 9.56— ??.......... (@ciliapipedas) January 4, 2021 Beberapa hari lalu, pasangan ini cuba mengharungi jalan air banjir dan dalam kejadian isterinya sempat diturunkan dari kereta untuk menyelamatkan diri manakala suaminya hanyut bersama kenderannya.
Kereta berkenaan dipercayai terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada malam kejadian tidak dapat diteruskan berikutan lokasi tidak dapat dimasuki sebarang kenderaan kerana paras air banjir tinggi serta arus yang deras.
Md Rajihan merupakan korban banjir ketiga di negeri itu selepas seorang wanita, Halijah Majid, 59, ditemukan lemas akibat terjatuh dalam parit di Jalan Setia, Kampung Contoh di sini pada Sabtu.
Sumber: Twitter @ciliappedas, Sinar Harian, TV3
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

gempak
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.