,
Hiburan

Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah

Umirah Halim
28/04/2024
06:55 MYT
Lama mengunci mulut walaupun namanya hangat diperkatakan sejak ditangkap khalwat bersama suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz, aktres sensasi, Ruhainies tampil memberikan penjelasan.

Ruhainies khilaf

Ruhainies mengakui khilaf dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah.
Menurut wanita berusia 31 tahun itu, dia hanya mahu berdamai dengan semua yang terpalit dengan kontroversi itu.

Sedia temui Bella

Malah, Ruhainies turut bersedia untuk bersua muka bersama Bella bagi memperbaiki sengketanya
“Mungkin saya lama tak beri apa-apa kenyataan tapi saya ada alasan saya tersendiri.
“Saya nak berdamai dan tak nak ada apa-apa sengketa dengan Bella Astillah atau dengan sesiapa pun.
“Jadi saya ingin meminta maaf secara terbuka kepada Bella Astillah dan kepada semua yang terlibat dalam isu ini.
"Saya tahu saya berada di pihak yang salah, dari pihak Bella dia ada hak untuk menerima maaf ataupun tidak saya tidak memaksa.
“Saya harap semua pihak boleh memafkan saya dan mulakan hidup baru. Saya mengaku kesalahan saya memilih untuk tidak akan cerita apa-apa yang berlaku sebab saya tak mahu keruhkan keadaan.
"Niat saya ikhlas untuk memperbaiki hubungan saya dengan Bella dan saya harap tiada pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Saya harap semua ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik.
“Saya juga bersedia untuk berjumpa Bella bersama-sama untuk selesaikan masalah ini,”katanya menerusi satu temubual di sebuah program hiburan tempatan.

Tak mahu panjangkan isu

Dalam pada itu, aktres tersebut turut memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi pihak nya setelah didedahkan Sarah Yasmine kerana tidak mahu memperlanjutkan lagi isu ini.
“Kalau ikut emosi mestilah saya nak cerita bagi pihak saya sebab there's always another two side of story tapi saya nak lupakan sengketa yang ada tidak perlu saya bercerita dan memanjangkan lagi.
“Saya ambil semua ini sebagai ujian, semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya, saya pun manusia biasa tak lari dari kesilapan.
“Saya tak mahu bercerita lagi menegakkan benang yang basah walaupun ada cerita disebaliknya lagi saya nak hentikan semua ini dan jernihkan keadaan ini,” tambahnya lagi.
Untuk info, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.
Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Terdahulu, wanita Sarah Yasmine tampil membuat pendedahan mengenai hubungan sulit Aliff Aziz dan NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Bukan itu sahaja, Sarah telah mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dan Aliff Aziz yang memaparkan mesej romantis, komplot jatuhkan Bella Astillah dan sebagainya.
Sumber: Melodi

Berita Trending: Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”

Berita Trending: Ruhainies Private Akaun IG, Netizen Komen - “Sebab Dah Kantoi”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”

gempak
23/11/2024
00:55 MYT
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
15/11/2024
00:55 MYT
Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Cantik! Penampilan Dynas Mokhtar Buat Peminat 10 Kali Ulang Tengok Video - “Makin Lawa…”

gempak
14/11/2024
01:55 MYT
Perkongsian sebuah video yang dibuat pelakon Dynaz Mokhtar baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.
Hiburan

Selepas Zul Ariffin, Ruhainies Dikaitkan Dengan Azrel Ismail Pula...Ini Respons Tuan Badan

gempak
12/11/2024
07:55 MYT
Selepas Zul Ariffin, nama aktres sensasi Ruhainies dikaitkan pula dengan pelakon Azrel Ismail.
Hiburan

Ruhainies Sedang Jalani Misi Selawat 1000 Kali Sehari Selama 40 Hari - “Kita Perempuan Kalau…”

gempak
11/11/2024
00:55 MYT
Pelakon Ruhainies tampil berkongsi mengenai rutin zikir yang diamalkannya.
Unitar