,
Hiburan

"Sebelum Masuk Dewan Bedah, Sempat Usap Dia" - Anak Chot Jalani Pembedahan

Asraf Aided
19/09/2018
09:52 MYT
Bekas peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Chot yang juga anggota XOXO memaklumkan anaknya, Muhammad Sher Harraz Azmeer menjalani pembedahan tracheostomy yang melibatkan penebukan di leher pagi tadi.
Chot telah memuat naik semula (repost) kenyataan yang dibuat isterinya, Jaja Fieyrul menerusi laman Instagram miliknya.
"Doakan anak saya menjalani pembedahan tracheostomy tebuk di leher tanpa menggunakan ventilator pada pagi ini, semoga dipermudahkan urusan Sher Harraz dan ada keajaiban untuknya, Amin.
"Subhanallah, sebelum masuk dewan bedah, sempat dia, matanya cantik sangat umpama di syurga, mengalir air mata melihatnya," tulisnya.
Pada masa yang sama, Chot turut memohon orang ramai untuk mendoakan anaknya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Harraz telah menjalani pembedahan membetulkan tulang pada bahagian hidung yang menyukarkan pernafasannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kontroversi Perkahwinan, Chot Perlu Masa Bertenang Sebelum Beri Kenyataan

gempak
29/01/2023
08:50 MYT
Mohon diberi masa.
Laman Utama

[VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya"- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga

gempak
28/01/2023
06:53 MYT
Bekas isteri Chot dedah status umah tangga.
Hiburan

Anak Peserta Maharaja Lawak Mega 2017, Chot (XOXO) Alami Penyakit Injap Jantung Terbalik

gempak
03/08/2018
10:32 MYT