,
Hiburan

“Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

Mya Amri
01/09/2024
08:50 MYT
Pelakon, Keith Foo menyatakan rasa bangga selepas melihat lakonan kekasihnya, aktres Riena Diana di pementasan teater Anda Bertandak baru-baru ini.

Bangga dengan kekasih

Menurut Keith, dia gembira melihat keyakinan serta keberanian Riena dalam menggalas tanggungjawab di dalam teater bergenre komedi arahan Azhar Zainal itu.
“Jujurnya, rasa bangga. Mengenali Riena, dia sebelum ini memang takut untuk keluar daripada zon selesa selain lebih cenderung untuk bekerja dengan produksi yang tertentu sahaja.

“Lalu bila dia berani ambil cabaran berbeza, dengan berlakon naskhah teater pula buat pertama kali, saya yang hadir menonton untuk beri sokongan pun tumpang teruja.

“Begitu juga dengan persembahan rakan pelakon lain, Semuanya saling melengkapi demi memastikan yang terbaik, tahniah buat produksi,” katanya ketika ditemui Gempak.

Keith banyak beri sokongan

Sementara itu, Riena berkata, Keith banyak memberikan semangat dan sokongan pada dirinya untuk menjayakan pementasan teater tersebut.
“Sebelum ini saya tidak pernah buat teater, masa saya dapat tawaran, Keith adalah orang pertama yang tahu sebab dia berada di sebelah ketika saya mendapat panggilan.

“Saya kata sayang saya tak rasa boleh boleh buat, saya tak berani dan takut. Tapi dia banyak beri semangat pada saya.

“Dia yang suruh saya lakukan dan secara jujurnya saya seronok berlakon teater. Semua pelakon hebat-hebat belaka,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Akui Ada Hubungan Dengan Keith Foo, Belum Tetap Tarikh Perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN:Keith Foo & Riena Diana Akui Ada Hubungan Istimewa - "Doakan Yang Terbaik, Saya Jumpa Kebahagian Saya. "

ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Kekasih Pernah Kena Sondol, Marah Riena Diana Tukar Jadi Reda - "Rupanya Saya Jaga Jodoh Orang"

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Anggap Isu Orang Ketiga Perkara Biasa - “Belum Kahwin Pun Dah Banyak…”

ARTIKEL BERKAITAN:Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

Pementasan teater Andak Bertandak diarahkan oleh Azhar Zainal dan skrip oleh Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Selain Riena, teater itu turut membariskan pelakon seperti Azhan Rani, Ellie Suriaty, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.

Teater Andak Bertandak dipentaskan pada 29, 30, 31 Ogos ini dan 1 September di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Teater Andak Bertandak berkisarkan mengenai kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah.
Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini akan disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.
Biarpun bergenre 'farce comedy', teater Andak Bertandak diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

gempak
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Hiburan

Riena Diana Akui Ada Hubungan Dengan Keith Foo, Belum Tetap Tarikh Perkahwinan

gempak
16/08/2024
07:55 MYT
Pelakon, Riena Diana mendedahkan hubungan cintanya bersama aktor, Keith Foo, masih baharu dan belum terfikir untuk ke arah perkahwinan.
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

gempak
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

gempak
05/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.