,
Berita

"Sebelum Aunty Mitch Pencen, Kita Duet", Misha Omar Puji Vokal Padu Umairah Nyanyikan Tanpa Rela

Maliah Surip
10/12/2020
01:24 MYT
Aksi anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umairah atau Umai mendendangkan lagu hit Misha Omar, Tanpa Rela mendapat perhatian daripada penyanyi itu.
Misha malah telah memuat naik semula aksi Umairah yang menyanyikan lagu tersebut di akaun Instagramnya, @mishaomar sekaligus memuji bakat besar yang dimiliki kanak kanak berusia 8 tahun itu.
"Bila seseorang itu dilahirkan berbakat, dan dia rajin pula berlatih mengasah bakat kurniaan Allah SWT..nahhh..cuba dengar ini..makin lama makin sedap sedap suara si kecil anak dara @sitinursairahtarudin , @umairah_sairahtarudin," tulis Misha pada ruangan kapsyen.
Tidak hanya itu, Misha juga mendoakan agar bakat yang ada pada diri anak Siti Sairah ini tidak disia siakan dan mampu sukses pada masa akan datang kerana usaha yang dilakukannya.
"Keep it up, sayang. Usaha terus dan mudah-mudahan satu hari nanti success ok? Allah nampak siapa yang berusaha, dan Allah dengar doa kita semua. Yang penting kita usaha, aunty doakan Umai," coretnya lagi.
Pada video yang dimuat naik semula Misha dan telah ditonton hampir 1 juta netizen itu, pemenang Vokal Terbaik AJL33 itu juga menyampaikan hasratnya untuk berduet dengan Umai.
"Sebelum aunty Mitch pencen satu hari nanti kita duet sama hokeh?", katanya lagi.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Misha akan menjadi salah seorang legend yang dijadualkan membuat persembahan pada malam Anugerah MeleTOP ERA (AME), 20 Disember ini.
Misha dijangka mendendangkan lagu Tanpa Rela dalam edisi penganjuran kali pertama pada skala norma baharu tersebut.
Anugerah yang memasuki edisi ketujuh penganjurannya itu akan mengusung tema Epik Glam dengan tagline Yang Epik, Yang Legend.
AME bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada hari Ahad, 20 Disember 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Rakaman acara Karpet Merah AME2020 yang dibawakan oleh Astro GO pula akan disiarkan jam 8.30 malam pada hari yang sama sebelum siaran malam kemuncak.
Istimewa untuk pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, ‘AME 2020’ turut didatangkan dengan format kualiti 4K UHD menerusi saluran khas 780.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, AME 2020 turut boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan on demand.
Instagram: @mishaomar, @adikzwan, @umairah_sairahtarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.
Hiburan

Belasungkawa: Jadi Rujukan, Allahyarham HUZZ Sempat Kenang Minta BMG Isi 10 Kali Lagu Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta Dalam Kaset

gempak
08/06/2024
11:34 MYT
Al-Fatihah buat Allahyarham Huzz.
Viral

“Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan

gempak
02/06/2024
11:55 MYT
Komposer, penulis lirik dan penyanyi Ajai mendedahkan inspirasi sebenar di sebalik lagu ciptaannya, Pulangkan.
Viral

Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju Orang Lama

gempak
31/05/2024
03:02 MYT
Seorang individu mendakwa yang dia dan rakan sebiliknya mengalami kejadian pelik selepas mendengar runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam, Pulangkan yang dipopularkan oleh Misha Omar.