,
Laman Utama

"Sebelum Ada Anak Pun Saya Dah Risau Dengan..." - Diana Amir Akui Mencabar Kawal Tontonan Anak-Anak Di Rumah

Asraf Aided
18/07/2021
06:50 MYT
Pelakon Diana Amir akui mengawal kandungan tontonan buat anak-anaknya di rumah bukanlah satu perkara mudah.
Menurut Diana, meskipun platform media sosial sebelum ini telah menyediakan program khas kanak-kanak, namun masih ada percakapan kurang sopan dan unsur negatif yang tidak ditapis sebaik mungkin.
"Sebelum ada anak pun saya dah risau dengan keadaan dunia masa kini, garis panduan banyak yang dilonggarkan.
"Meskipun ada platform tontonan kanak-kanak, tetapi kadang-kadang masih ada percakapan yang tidak sopan dipaparkan.
"Walaupun kita mengawal tontonan anak-anak, potensi untuk terdedah kepada elemen yang kurang sopan masih boleh berlaku walaupun secara tidak sengaja," katanya.
Diana yang juga Ketua Kandungan Bahagian Nurflix JR (junior) berkata demikian dalam sidang media virtual yang diadakan pada Jumaat.
Justeru, selaku individu penting di sebalik platform penstriman video kandungan Islamik itu, Diana menjelaskan semua bahan tontonan kanak-kanak di Nurflix adalah selamat untuk ditonton.
"Nurflix Jr ini ada kepentingannya, kita tak rasa takut kerana ulama pun sudah mengesahkan kandungan kanak-kanak di platform ini semuanya selamat ditonton.
"Tentunya kita mahu yang terbaik untuk anak-anak agar mereka membesar dengan nilai-nilai Islam," katanya lagi.
Kandungan kanak-kanak di Nurflix kini masih dalam proses penghasilan dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi sekitar Januari tahun depan.
Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web http://nurflix.tv, Apple Appstore dan Google Playstore.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Jangan Keluar Mengundi Tanpa…- Diana Amir

gempak
19/11/2022
01:00 MYT
Betul juga cakap Diana kan
Laman Utama

[VIDEO] “Bila Nak Mula Berlakon, Ayah Tak Suka La Sebab…” - Berdepan Konflik Zaman Remaja, Diana Amir Akui Pernah Buka Tudung Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

gempak
27/10/2022
12:55 MYT
Suka tengok perubahan Diana Amir...
Laman Utama

[VIDEO] Pelakon Drama 'Adam & Hawa', Elfaeza Ul Haq Kongsi Kisah Perjalanan Hidup Bersama Ustazah Asma, Akui Dunia ‘Glamour’ Tak Pernah Indah

gempak
26/10/2022
03:55 MYT
Menarik perkongsian Elfaeza bersama Ustazah Asma...
Laman Utama

Pemakaian Dibandingkan Dengan Diana Amir, Neelofa Akur Masih Banyak Kelemahan; “I’m Not The Most Perfect Person…”

gempak
16/10/2022
00:53 MYT
Tak perlulah bandingkan Neelofa dan Diana Amir...
Laman Utama

[VIDEO] Kongsi Kisah Hijrah, Diana Amir Bersyukur Jadi Tetamu Next To Neelofa; “Saya Juga Masih Banyak Perlu Belajar”

gempak
21/09/2022
07:30 MYT
Diana Amir syukur jadi tetamu Next To Neelofa