,
Viral

"Sebak Pula Tengok Anak Peluk Daddy" - Balik Beraya, Farah Lee Pertemukan Maream Dengan Bekas Suami

Amri Hassan
31/05/2019
03:54 MYT
Bekas isteri kepada pengacara popular Ally Iskandar, Farah Lee berkongsi sepotong video kembaranya bersama anak tunggal, Maream Esabel untuk pulang ke Malaysia sempena meraikan Aidilfitri.
Terpisah sejak sembilan bulan lalu, Farah memanjatkan syukur diberikan peluang untuk menyambut lebaran bersama keluarga tercinta dan mempertemukan anaknya dengan Ally.
"After 9 months away from sweethearts and good food!" tulis Farah pada kapsyen video yang dimuatnaik di laman sosial Instagramnya kelmarin.
Dalam video tersebut, Farah memaparkan perjalanannya bersama Maream hingga tiba di lapangan terbang di Kuala Lumpur yang disambut oleh Ally sendiri.
Pada saat-saat terakhir, Maream berlari apabila ternampak bapanya yang sedang menanti dan dipeluk erat Ally.
Malah, video menyentuh hati berdurasi 2 minit 20 saat itu turut mendapat kiriman doa daripada warganet yang mahukan keluarga itu kembali bertaut kasih.
"Ala nangis lagi tgk part last daddy & maream sebab alami yang sama bila temukan my daughter dengan papa dia. Kita ibu cuma nak anak happy je kan, sanggup korbankan peraasaan sndri. Saya doakan yang terbaik untuk Farah, be strong Allah maha baik," tulis @yatqieszaine.
"Part Maream jumpa daddy.. kita kat sini nangessssss.. sebab kita tak kuat nak kasik anak kita jumpa papa dia.. thanks omma. 10 Ramadan terakhir I can see something diff. Mungkin anak I sama macam maream.. rindu papa dia," tambah @nurulhafzanharun.
"Alhamdulillah, begitulah hendaknya walaupun divorce hubugan masih terjalin like a normal things..kadang berpisah itu ada sebab tertentu.. tak semestinya sebab kehadiran orang ketiga," sahut @siti_nurkhalilahmohdsir.
Farah dan Ally bercerai pada Ogos 2016 selepas berkahwin selama empat tahun.
Farah kemudiannya berhijrah ke luar negara bersama anak tunggalnya, Maream Esabel untuk menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di University of Leeds, England, sejak awal September tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya

gempak
18/04/2024
08:29 MYT
Siasat dulu sebelum derma guys.
Hiburan

Sempoi! Netizen Puji Majlis Nikah Farah Lee & Fuad - "Make Up Simple, Kasut Sneakers, Wajah Pun Iras"

gempak
07/01/2024
06:50 MYT
Majlis pernikahan Farah Lee dan suami, Fuad yang juga jurulatih horseriding pada 5 Januari lalu mendapat pujian warganet.
Hiburan

Farah Lee Dah Kahwin, Netizen Rasa Lucu Tengok Hashtag - “Macam Tu Je Dia Umum”

gempak
06/01/2024
02:00 MYT
Alhamdulillah.
Viral

Farah Lee Bersuara Isu Hutang, Dakwa Semua Hanya Khabar Angin & Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

gempak
04/01/2024
00:55 MYT
Harap segalanya selesai
Laman Utama

Fazura & Farah Lee Tulis Pesan Deep Pada Instagram Angelina Jolie Yang Kasihan Is***l

gempak
31/10/2023
07:25 MYT
Kekejaman Israel terhadap Palestin khususnya di Gaza masih belum berkesudahan.